Skip to main content

Posts

Recent posts

MONDAY BLUES tidak mengira hari

courtesy image : thekopiwrite Dulu masa zaman kanak-kanak tak sabar nak dewasa, nak cepat masa berlalu. Kalau hari Isnin bermula, dah sibuk tengok jadual sekolah dengan calendar. Bila nak sampai hari Jumaat. Sekarang bila dah sampai tahap yang diidamkan masa zaman kecil dulu rasa macam nak patah balik je ke zaman tu. Ada setengah manusia dah ada kerja, dah ada kehidupan tapi masih tak bersyukur. Acah-acah malas nak buat kerja, acah-acah nak ambik MC. Tapi cukup bulan ambik gaji! Manusia macam admin ni memang tak pernah berpuas hati dan merasa cukup.  Zaman teknologi ni,  setiap kali masuk minggu baru, permulaan hari Isnin, mulalah keluar mood, MONDAY Blues. Hmm tapi bagi setengah-setengah orang MONDAY BLUES kau tu tak kenal hari apa pun. Mungkin semangatnya hilang untuk bekerja, mungkin perasaan kacau, hati tak tenteram, banyak perkara nak di setelkan. Yang pasti, admin rasa admin tak dengar tazkirah banyak hari, hati mati dah ni, argh kena sedar diri plus minus gosip artis

Berniaga ONLINE memang MUDAH tapi...

image credit to  blog.shopup.com ** Bacaan ini tidak sesuai untuk amatur perniagaan online. Terima kasih. Tahu tentang komputer dan tahu menggunakan internet adalah 2 perkara yang berbeza. Tahu internet, ya semua orang tahu internet. Tetapi memaksimakan sebaik mungkin kegunaan internet yang dapat dimanfaatkan untuk kehidupan kita, berjayakah kita? Hidup dikelilingi computer dan IT tidak bermaksud tahu segala-galanya tentang dunia komputer dan pemasaran di internet. Internet, segala maklumat berada di hujung jari dan depan mata. Sumber maklumat yang terlalu banyak di internet menyukarkan bagi pengguna internet yang baru hendak berjinak-jinak memulakan perniagaan di internet. Betapa ramai yang mengatakan mudahnya menjana duit di internet, tapi sejauh mana kepayahan untuk mendapatkan setiap sen dari internet itu tidak di paparkan umum. Berniaga di internet memang mudah jika anda : Point  nombor 1 : Adalah orang yang telah memang diketahui umum- seperti insan ya

Google di hacked : 14 April 2015

Bismillahirrahmanirrahim. Pertama kali dapat lihat secara direct page kesayangan GOOGLE telah di hack. Sebelum page hackers dipaparkan, page seperti berikut terpampang : Namun yang bagusnya, webpage lain masih boleh dilayari. Cuma website GOOGLE sahaja yang telah diceroboh. Aplikasi Modzila Firefox pun turut serta di godam. Masalah yang bermula lebih kurang jam 4. 45 tadi masih belum selesai sehingga jam 5.30 ini. 

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Masalah blue screen semasa format # 0x0000007B error

Bismillahhirrahmanirrahim Masalah blue screen semasa startup pc nak format. Ini terjadi kerana dalam bios telah di set drive AHCI. Untuk menyelesaikan masalah ini, sebelum format masuk dalam Bios terlebih dulu untuk menukar hard drive dari AHCI kepada IDE  ataupun SATA. STEP 1 STEP 2 STEP 3 Setelah itu, baru restart komputer dan seterusnya barulah proses format komputer dapat diteruskan.

#cara sambung satu cpu ke dua monitor#kvm switch

Bismillahirrahmanirrahim Alat empat segi yang ada connector kabel berwarna biru@vga cabel tu nama dia kvm switch. Kvm switch adalah ringkasan daripada keyboard, video dan mouse. Sesuai digunakan oleh pengguna yang hendak akses kepada lebih dari datu cpu di tempat yang sama.  Fungsinya untuk menyambungkan dari satu monitor kepada 2 cpu. Ini perihal kalau tak ada extra monitor atau nak sambung kepada lcd projector pun boleh. Tujuannya nak jimat ruang ataupun cpu kedua yang disambungkan tadi adalah sebagai server, atau pc yang digunakan untuk run software ataupun program simulation. Beginilah keadaan komputer yang menggunakan kvm switch.  Jika pengguna hendak melihat apa yang sedang berlaku dikomputer yang satu lagi, button kecil di kvm switch ditekan untuk akses ke cpu tersebut.