Ini aku copy paste dari berita haria online....surat rakyat ni macam ADUAN RAKYAT di TV3 tu lah kot...macammana??boleh..?
Layanan mesra di Hospital Teluk Intan
2010/04/21
JUMAAT lalu, saya dimasukkan ke Hospital Teluk Intan kerana keguguran anak ketiga saya. Berita itu amat menyedihkan buat saya serta keluarga kerana bayi yang dikandung itu adalah anak kembar.
Menambahkan kesedihan, saya disahkan menghidap anaemia dan tirod yang agak serius. Saya ditahan di hospital itu selama seminggu. Tetapi segala kesedihan yang saya dan keluarga hadapi terubat kerana layanan yang diberikan oleh jururawat, sister dan doktor di sana.
Mereka semua tidak mengenal erti penat untuk melayan saya dan pesakit lain walaupun tiada rehat untuk mereka. Apabila diminta pertolongan dengan senyuman yang manis jururawat membantu kami tanpa banyak soal. Terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada pasukan Dr Kamarul dan semua staf wad GD Hospital Teluk Intan kerana bersusah payah membantu saya. Hanya Allah yang dapat membalas jasa kalian semua. Terima Kasih.
CIKGU AZWANA,
Sabak Bernam.
TAHNIAH HOSPITAL TELUK INTAN!!

Comments