Skip to main content

Posts

Showing posts with the label pasar kemboja

Pasar Kemboja Parit Buntar 2013

Baru-baru ini saya pergi ke Pasar Kemboja Parit Buntar. Sesak dengan oarang ramai yang hendak membeli kain baju ditambah dengan jalan yang sesak...rasa macam nak pengsan! Banyak pertambahan kedai-kedai baju, tudung , pakaian kanak-kanak dan telekung solat wanita. Ada satu kedai saja yang menjual keronsang di situ. Di Pasar Kemboja kedai-kedai makan untuk melepak-lepak minum sambil tunggu anak isteri shopping sangat kurang. Sebab utama adalah orang yang pergi ke Pasar Kemboja memang nak shopping kain baju. Di Pasar Kemboja anda harus pandai tawar menawar. Silap hari bulan anda boleh dapat harga yang jauh rendah dari pasaraya, tetapi barang adalah sama. Jadi kemahiran menawar adalah diperlukan .:-) Dan kalau boleh janganlah bawak anak-anak atau baby  sebab keadaan di situ memang sesak dan udaranya tak bagus untuk budak-budak kecik. Dan yang terbaru ini, saya pergi lagi untuk membeli pakaian anak. Kebetulan cuti umum, memang jalan teramat sesak dengan kenderaan dan orang pun...

Pasar Kemboja Parit Buntar Version 2

Gambar dirakam melalui telefon. Lebih dikenali sebagai Pasar Kemboja Parit Buntar, sebenarnya adalah merupakan Pasar Kemboja di Permatang Tok Mamat. Ia bermula seawal jam 6.30 pagi sehinggalah jam 12 tengah hari. Kemuncak paling ramai pengunjung di pasar kemboja ini adalah pada hari Jumaat. Pasar yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat pada setiap minggu ini adalah merupakan tumpuan belian kain-kain untuk peniaga-peniaga kain yang kecil di daerah Parit Buntar dan Sempadan Pulau Pinang. Kebiasaannya jualan adalah berdasarkan jualan borong. Pasar ini juga merupakan berkembangnya pusat fesyen terbaru bagi kaum wanita di daerah ini. Penjual yang berniaga di pasar ini adalah merupakan penjual yang datang daripada Kuala Lumpur, Alor Star dan Johor Bahru malahan daripada Parit Buntar sendiri pun tidak kurang juga. Antara peniaga di Parit Buntar yang menjual jualan mereka di Pasar Kemboja ini yang diketahui adalah kedai Tekstil Hapisah di Parit Buntar dan Kedai kain Nasha di Parit ...

Kain murah di pasar kemboja Parit Buntar

Gambar-gambar sekitar pasar kemboja di Parit Buntar.... Klik sini untuk artikel kain murah di Parit Buntar, Perak .