Skip to main content

Posts

Showing posts with the label info semasa

Senyum pun ada macam-macam type!

Korang semua termasuk dalam senyum jenis macammana? Senyum ni ada macam-macam jenis tau. Ada orang sebelah pulak cakap, senyum pun nak dipertikaikan ke? haaa...itulah korang tak tau...meh baca meh Ada pulak orang cakap senyum palsu dengan senyum tak palsu. Cis cis cis...ohh cheeeseee Okey, senyum ni ada banyak jenis tapi yang saya tahu cuma ada 4 jenis je...selama mata ni perhatikan orang. No.1 Senyum tak buka mulut dan releks Senyum ni jenis senyum tekepit-kepit.Hahaha...boleh pulak cenggitu. Senyum ni macam menampakkan hati dan raut wajah tenanag je...ye ke...sila cuba sekarang...hehehe No.2 Senyum sombong atau sinis Senyum ni kalau korang perasan, kening tu macam diseriuskan dan mulut senyum tu macam tersekat separuh bawah pipi dengan mulut tutup. Orang panggil muka ketat... hahaha No.3 Senyum mulut terbukak Ini memang tahap orang ni jenis excited je. Macam takde masalah je...ke nak tayang gigi cantik ke tak taulah...hahaha ...

Soda bikarbonat dan garam kasar untuk sinki dapur yang tersumbat

Wah ...macam terer je makcik nih ...hihihi... Pernah tak korang berdepan dengan situasi sinki tersumbat? Haish...kalau tak pernah tu memang tak masuk ke dapur kot korang ni...heee...jangan marah. Sinki dapur kita tu macam-macam ada. Ada sisa-sisa makanan lah yang banyak kan? Maklumlah kadang-kadang angin malas tu ada jugak...ter ter dan tersengaja buang sisa makanan kat dalam lubang sinki tu ha. Ter? heeee...banyak lah korang punya ter....sekali sumbat...kelam kabut carik benda peloncok tu nak pam sinki.>>err...korang tak tau peloncok apa...sila taip peloncok kat google image...carik sendrik heh... Okey okey macam ni. Ambik lah semangkuk garam kasar dan secawan soda bikarbonat. Sebelum tu jangan lupa masak air panas dulu barang seperiuk atau dua periuk. Tuang garam dan soda bikarbonat tadi kat dalam lubang sinki. Pastikan sinki tu kering atau kalau dah desperate sangat tuang jelah dik time lepas korang habis masak tu ha. Dah tuang kedua-dua bahan tadi tu ka...

Beauty beauty again - lobak merah untuk kulit cantik dari dalam

Serius tajuk ni boleh melumpuhkan business produk kecantikan yang belambak kat pasaran sekarang...hehehe...saya tipu je. Ada orang senang ambik suplement kecantikan dan ada orang suka beauty dengan cara yang natural. Okey, kita cerita cara beauty in natural way ye! Ada yang suka makan sayuran, ulam, buah dan jamu buatan sendiri. What? Jamu buatan sendiri? Ermmm my mak tell me this...cekor. Do you ladies know cekor? Alahai hemm mak saya kata macamni: Sometimes kalau rajin kena buat air jamu terdiri dari:- Cekur Kunyit Lempoyang....(? apa ni eh?) Air asam Semua ni mak saya parut je dan perah ambil airnya minum..nampak tak? Complicated kan? Lagi mudah beli jer...bukak kotak, koyakkan dari peketnye dan masuk mulut atau bancuh terus. Senang kan!. Tapi saya ni malas nak buat semua tu ha....hiiii In other way pulak...minum jus buah atau sayuran. Sayur? Yelah...Contohnya lobak:Jangan tak tau, lobak merah mengandungi carotine yang membantu kulit nampak sihat dan ...

Mesra card reward di Petronas membantu jimat isi minyak?

Bagi sesiapa yang selalu mengisi minyak di Petronas, dicadangkan anda mendapatkan dan menggunakan kad mesra. Kad mesra bukanlah kad jimat minyak. Kad mesra adalah kad ganjaran di mana setiap pengisian minyak dan juga setiap pembelian barang didalam kedai Mesra Petronas akan di beri mata ganjaran berdasarkan nilai pembelian yang di buat. Mata ganjaran yang diberi adalah 1 point =1 cent. Jika anda mempunyai 100 point bermakna = Rm1. Point yang banyak juga boleh digunakan untuk mengisi minyak. Point yang terkumpul ini adalah sah sehingga 3 tahun sahaja. Selepas dari tempoh tersebut point di kira expired. Point yang expired tidak boleh dituntut semula. Mata point boleh disemak dengan mudah dan cepat iaitu melalui kaunter Petronas. Selain daripada itu boleh juga menggunakan talian hotline atau membuka laman web Petronas untuk menyemak jumlah point yang terkumpul.Semua ini boleh di rujuk kepada laman web Petronas. Bukan hanya Petronas menawarkan program seperti ini, syarikat ...