Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Umum

Senyum pun ada macam-macam type!

Korang semua termasuk dalam senyum jenis macammana? Senyum ni ada macam-macam jenis tau. Ada orang sebelah pulak cakap, senyum pun nak dipertikaikan ke? haaa...itulah korang tak tau...meh baca meh Ada pulak orang cakap senyum palsu dengan senyum tak palsu. Cis cis cis...ohh cheeeseee Okey, senyum ni ada banyak jenis tapi yang saya tahu cuma ada 4 jenis je...selama mata ni perhatikan orang. No.1 Senyum tak buka mulut dan releks Senyum ni jenis senyum tekepit-kepit.Hahaha...boleh pulak cenggitu. Senyum ni macam menampakkan hati dan raut wajah tenanag je...ye ke...sila cuba sekarang...hehehe No.2 Senyum sombong atau sinis Senyum ni kalau korang perasan, kening tu macam diseriuskan dan mulut senyum tu macam tersekat separuh bawah pipi dengan mulut tutup. Orang panggil muka ketat... hahaha No.3 Senyum mulut terbukak Ini memang tahap orang ni jenis excited je. Macam takde masalah je...ke nak tayang gigi cantik ke tak taulah...hahaha ...

Tempat menarik yang damai dan tenang untuk dilawati

Saya teringin nak pergi tempat - tempat yang tenang macam ni. Agh...alangkah bestnya kalau dapat pegi tempat-tempat macam kat bawah ni, orang sakit pun boleh sihat woooo. 1.Meteora Berada dalam negara Greece. Dalam bahasa Greece,Meteora bermaksud "midle of the sky". 2.Jeita Grotto Terletak dalam negara Lebanon. 3.Yosemite Falls Berada dalam negara California,United States. 4.Penon de Ifach Berada dalam negara Calpe, Spain. 5.Uluru (Ayers Rock) Berada dalam wilayah negara Australia. 6.The Matterhorn Berada dalam wilayah Switzerland. Kredit to beautifulworld website

Lemon dan apple cider vinegar untuk detox

Dream to live in natural way? I dream to live in that way and mimpi jugak nak own living room like this, but maybe tak kot>>>hee To start natural living kena start from our environment dulu...hiihihihi. Everything natural from organik things. Mampu ke? heee Saya pun tak mampu nak buat lagi....every time pergi kedai main sambar je beli barang...how come ...ohhh Tapi saya dah mula dengan ermmm penjagaan kesihatan secara semulajadi. Kecuali ...tarraaa...bersenam...aiyakk no timelah...ish ...so many excuse lah you ni kan? First Saya berazam use natural things around dapur tu and fridge. Saya bermula dengan Detox. How you detox? See...kita boleh detox guna lemon plus apple cider vinegar organic. You can get apple cider organic daripada farmasi atau hypermarket. Cara-caranya adalah :  1 sudubesar apple cider bancuh dengan satu sudu besar perahan lemon. Campur dengan air suam, bancuh semua tu dan minum. Sila tambah air mineral satu cawan, ...

Soda bikarbonat dan garam kasar untuk sinki dapur yang tersumbat

Wah ...macam terer je makcik nih ...hihihi... Pernah tak korang berdepan dengan situasi sinki tersumbat? Haish...kalau tak pernah tu memang tak masuk ke dapur kot korang ni...heee...jangan marah. Sinki dapur kita tu macam-macam ada. Ada sisa-sisa makanan lah yang banyak kan? Maklumlah kadang-kadang angin malas tu ada jugak...ter ter dan tersengaja buang sisa makanan kat dalam lubang sinki tu ha. Ter? heeee...banyak lah korang punya ter....sekali sumbat...kelam kabut carik benda peloncok tu nak pam sinki.>>err...korang tak tau peloncok apa...sila taip peloncok kat google image...carik sendrik heh... Okey okey macam ni. Ambik lah semangkuk garam kasar dan secawan soda bikarbonat. Sebelum tu jangan lupa masak air panas dulu barang seperiuk atau dua periuk. Tuang garam dan soda bikarbonat tadi kat dalam lubang sinki. Pastikan sinki tu kering atau kalau dah desperate sangat tuang jelah dik time lepas korang habis masak tu ha. Dah tuang kedua-dua bahan tadi tu ka...

Ini lah tahun 2015 coming soon

Minggu depan dah nak masuk tahun baru 2015.Macam remaja yang tengah carik identiti. Errr saya pun rasa cam tu jugak. Bukan cam tu apa....entry ni lah maksud saya. Tulisan yang tak skema...penat ooo skema ni....lainlah kalau saya reporter ke, penganalisis politik ke, pegawai JUSA ke memangler ayat tu skema... Boleh? boleh tak? Haaaa....boleh ke tidak kita tengok jerlah... Yuhuuu...

Tadaaa....Tahun baru, Umur pun baru...hahaha

Assalamualaikum dan hai semua. Apa khabar semua? Opss, idea menulis baru nak datang dah kena buat tuam air panas pulak. Sekejap eh...Tuam oh tuam |||||||||||||||||||| Baru nak menulis kena bukak kotak CocoCrunch pulak... aduhai.....hmm hurm hemm||||||| |||||||||||| Ok, tahan nafas......hembus nafas perlahan lahan ...kita ambik mood nak menulis nih. bukan senang. Tahun 2015 ni takkan nak biarkan blog kosong kot ..opp opp opp. TAHUN 2015? Alamak, umur ku pun naik satu anak tangga...haishh...nak tak nak kena lalui jugak, setiap hari bawa ke minggu terus berlalu ke setiap bulan dan tarrraaaaa....hampir sampai ke hujung tahun dan masuk tahun baru dan that is! Life is colorful , ada sedih , pedih, suka , duka dan almost my life ada apa yang banyak ye? hmmm dah ada dalam kepala , tapi tanak tulis. Malu ...hahaha Okey Selamat tahun baru dan selamat menikmati usia baru nanti.Bye!

Mesra card reward di Petronas membantu jimat isi minyak?

Bagi sesiapa yang selalu mengisi minyak di Petronas, dicadangkan anda mendapatkan dan menggunakan kad mesra. Kad mesra bukanlah kad jimat minyak. Kad mesra adalah kad ganjaran di mana setiap pengisian minyak dan juga setiap pembelian barang didalam kedai Mesra Petronas akan di beri mata ganjaran berdasarkan nilai pembelian yang di buat. Mata ganjaran yang diberi adalah 1 point =1 cent. Jika anda mempunyai 100 point bermakna = Rm1. Point yang banyak juga boleh digunakan untuk mengisi minyak. Point yang terkumpul ini adalah sah sehingga 3 tahun sahaja. Selepas dari tempoh tersebut point di kira expired. Point yang expired tidak boleh dituntut semula. Mata point boleh disemak dengan mudah dan cepat iaitu melalui kaunter Petronas. Selain daripada itu boleh juga menggunakan talian hotline atau membuka laman web Petronas untuk menyemak jumlah point yang terkumpul.Semua ini boleh di rujuk kepada laman web Petronas. Bukan hanya Petronas menawarkan program seperti ini, syarikat ...

Petua di dapur

Petua ikan tidak melekat ketika menggoreng Pernahkah anda menggoreng ikan, tetapi habis ikan hancur didalam kuali kerana ianya melekat? Pernah tak? Sebelum ini saya meletakkan 2 atau 3 keping asam ke dalam kuali yang digunakan menggoreng ikan itu. Tetapi masalah lain timbul, iaitu minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan itu tadi akan menjadi hitam. Kalau minyak dah jadi hitam sudah tentu ia tidak boleh digunakan semula bukan?

Senarai sarapan pagi untuk anak-anak ke sekolah

  Sarapan pagi. A mother always give the best for their children. Waktu persekolahan Isnin sehingga Jumaat, 4 minggu sebulan(tidak termasuk cuti umum) cukup memeningkan ibu-ibu mencari idea sarapan apa yang harus disediakan untuk anak-anak sebelum ke sekolah nanti. Faktor masa, barang-barang mudah diperolehi, khasiat makanan dan juga selera anak-anak mempengaruhi menu-menu yang disediakan untuk sarapan pagi. Ada anak-anak yang suka makan pedas, ada anak yang suka makan manis untuk sarapan membuatkan kita sebagai ibu cuba mempelbagaikan menu sarapan pagi pada satu satu satu pagi. Jika situasi ini berlaku, ibu-ibu harus bijak mengadunkan menu-menu yang bersesuaian dengan anak seperti satu menu mudah yang pedas dan satu menu mudah yang agak manis.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

MOTIVASI BLOGGING – DUIT HASIL BLOGGING? MITOS ATAU FAKTA?

Penat mencari idea menulis blog? Tapi masih tiada hasil? Tidak mengapa, mari kita berusaha lagi mencari ilmu mengenai blog. Ikhlaskan hati kita memotivasikan diri sendiri dengan membaca tulisan yang dipetik daripada MajalahNiaga Edisi 27 tulisan oleh Hasbul Aqil. Semoga kita semua mendapat sedikit ilmu dan dapat meneguhkan semangat untuk terus berblog setelah membaca artikel ini. Jual blog bernilai RM150,000…Mitos atau Kebetulan? Chris adalah pemilik blog The traffic blogger. Beliau juga pemberi kejutan dan penghapus mitos dalam dunia blogging. Kami agak terkejut dengan artikel yang disampaikan melalui ruangan guest blogging di blog Daren Rowse, yakni Problogger.net.Menurut artikel yang ditulis, Chris mendakwa beliau telah berjaya menjual sebuah blog dengan harga RM 150 000 ,iaitu USD50 000. Apa yang lebih menarik blog itu hanya menggunalkan platform blogspot. Tidak cukup dengan itu, lebih mengejutkan individu yang membeli blog beliau dengan jumlah 5 angka itu ad...

Panduan Menampilkan Ketrampilan Diri

Khusus untuk wanita. Rujukan bacaan yang berada dalam simpanan saya. Semoga pembaca mendapat manfaat catatan yang saya perolehi dari sumber di internet. 1.0 PENGENALAN Ketrampilan diri bermaksud kecekapan, kemampunan dan kecekatan seseorang individu yang tinggi dalam mengurus atau melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Personaliti, penampilan, komunikasi, etika kerja dan sebagainya adalah adalah kriteria yang dapat mencerminkan ketrampilan diri seseorang. 2.0 KRITERIA KETRAMPILAN DIRI 2.1 PERSONALITI Personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan. Setiap individu mempunyai personaliti yang digambarkan melalui keperibadian dan perwatakannya. Kedua-dua unsur ini mempunyai pertalian yang rapat dan berupaya meningkatkan personaliti seseorang. 2.2 PENAMPILAN Kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati, paras rupa, gerak-geri dan air muka sangat besar peranannya bagi meningkatkan daya pengaruh seseorang. Orang yang mempunyai penampil...

Gempa bumi di Utara Sumatra, Indonesia - 2 Julai 2013; 3.37 minit

Gegaran gempa bumi yang terjadi di Utara Sumatra, Indonesia turut dirasai di negara kita Malaysia. Gempa yang berlaku pada jam 3.37 minit itu mengakibatkan kerosakan-kerosakan kecil seperti mana dilaporkan terus daripada laman web European-Mediterranean Seismological Centre Gambar kerosakan akibat gempa bumi dari sumber laman web Centre Seismologique European Mediterranean Kredit to : http://www.emsc-csem.org/#2

Cara mengecat rumah yang betul

Di bawah ini disediakan tips-tips berguna jika anda mahu memulakan kerja-kerja mengecat rumah. Kenal jenis cat Terdapat 2 jenis cat utama. Kedua-duanya bersifat cair. Selalunya dikenali sebagai cat berasaskan minyak (gloss) untuk kayu atau logam, dan yang berasaskan air (emulsion) untuk dinding dan siling. Cat minyak mesti dimulakan dengan cat asas atau ‘undercoat’ terlebih dulu. Cat emulsion tidak perlu ‘undercoat’ tetapi ia perlu disapu dua atau lebih kali di atas sesuatu permukaan bagi memadamkan warna permukaan asal. Lapisan pertama cat emulsion bertindak sebagai ‘undercoat’. Anda boleh memahami dan lebih mengenali cat di laman web seni hias . Sebelum memulakan kerja-kerja mengecat anda perlu tahu apa dan persediaan yang perlu anda ambil. Ini bagi memudahkan anda melakukan kerja-kerja mengecat. Bersihkan permukaan yang mahu dicat Bersihkan permukaan yang hendak di cat. Bersihkan dari habuk, lumut, contengan atau apa saja yang boleh mencaca...

Emas memang cantik dan bernilai...

Emas memang cantik dan bernilai, tetapi tahukah anda disebalik kecantikan dan nilai emas yang tinggi itu memerlukan pengorbanan yang besar untuk mendapatkannya? Gambar-gambar di bawah merupakan gambar kanak-kanak di Mali, Africa. Mereka adalah sebahagian daripada pekerja-pekerja lombong di Mali yang bekerja di lombong-lombong emas demi untuk meneruskan kelangsungan hidup. Sekitar 20,000 kanak-kanak bawah umur 18 tahun dipaksa bekerja di lombong tersebut. Kanak-kanak yang berumur seawal 6 tahun bekerja bersama ibu bapa mereka dan juga ada kanak-kanak yang datang dari negeri jiran di Mali yang bekerja di lombong tersebut. Kanak-kanak ini sebenarnya terdedah kepada risiko keracunan merkuri, salah satu bahan paling beracun di dunia. Setiap hari kanak-kanak ini bekerja di lombong dengan membawa beban yang lebih berat daripada badan mereka sendiri, memanjat lombong yang tidak stabil dan menyentuh serta menghidu merkuri secara tidak langsung setiap hari. Kebanyakan kanak-kanak te...

Harga Emas murah Mei 2013

Jika anda merancang untuk membeli emas, sekarang adalah masa yang sesuai. Terkini, melalui facebook Wah Chan Gold , harga pasaran terkini bermula 20 Februari 2013 adalah: Emas 999 : RM195/gm Emas 916 : RM185/gm Emas 835 : RM169/gm Manakala untuk Emas bar Public Gold pula harga adalah seperti berikut: Boleh rujuk di laman web Public Gold dari masa ke semasa. Emas memang aset yang menguntungkan. Kalau anda mempunyai masalah kewangan, Pajak Gadai Ar-Rahnu Bank Rakyat boleh membantu anda. Ar-Rahnu menawarkan upah simpan yang rendah. Ataupun YAPEM juga menawarkan pembiayaan seperti Ar-Rahnu Bank Rakyat Bagi penduduk di sekitar Parit Buntar, terdapat 2 Kedai Emas iaiatu Kedai Emas Idaman dan Kedai Emas Ridwan yang berada di Pusat Bandar 1. Kedai Emas Idaman berada sebaris dengan Kedai Pemborong Tudung Bawal Kazaba dan Kedai Emas Ridwan berada sebaris dengan Farmasi Najwa di Pusat Bandar.

Jacob’s Cream Crackers – Pilihan Original adalah rasa yang paling sedap dan lemak

Biskut pilihan saya semasa waktu bekerja adalah roti Cream Crackers Jacobs yang original. Saya pernah makan Jacob’s Hi-Iron dan Wheatmeal. Jika dibandingkan semula dengan Jacob’s Crackers yang original, amat berbeza rasanya. Kenapa saya suka Jacob’s Original? Kerana rasanya sedap dan lemak. Saya selalu beli 1 kotak untuk diletakkan di tempat kerja. Pembungkusan roti Jacob’s yang didalam kotak memudahkan kerja saya. Saya lebih suka menyebutnya sebagai roti.  Tak perlu letakkan di Tupperware setelah di buka, kerana pembungkusannya yang mesra pengguna, iaitu roti tersebut dibungkus dalam peket kecil. 1 peket mengandungi 4 keping roti. Harga roti Jacob’s Cream Crackers 1 kotak adalah RM 3.60. Kepada yang suka mengunyah-ngunyah sewaktu bekerja boleh cuba roti Jacobs ini sebagai kudapan anda.

Sailendra Nath Roy : Pelagak ngeri dari Kalkuta menemui ajal ketika membuat persembahan

Sailendra Nath Roy, 49 dari Kalkutta India merupakan seorang berani melakukan aksi pelagak ngeri menggunakan rambutnya. Tahun lepas beliau menggunakan rambutnya telah berjaya menarik 4 gerabak keretapi di Darjeeling Himalayan Railway. Sailendra Nath Roy yang merupakan pemegang rekod Guinness World Record pada 2011 hanya sempat melakukan aksi tersebut pada 20 minit pertama sebelum kelihatan lemah dan berhenti dari melakukan aksi tersebut.   Sailendra Nath Roy ketika sedang menarik 4 gerabak keretapi menggunakan rambutnya pada September 2012  Kredit to heraldsun.com

Iron Man 2 di Saluran XD 617 : Selamat Hari Pekerja!

  and Iron Man 2 Hari Pekerja jatuh pada Rabu, 1 Mei 2013. Kepada peminat filem IronMan dan Iron Man 2 boleh menonton filem ini di Saluran XD 617 jam 12 tengah hari sehingga 4.30 petang pada hari Rabu 1Mei nanti. Selamat Hari Pekerja!

Gambar Pulau Bora-Bora

Pulau Bora- Bora mula diduduki oleh penempatan Polinesia di abad ke-4, ia telah ditemui oleh Jakob Roggeveen dalam 1722. Semasa Perang Dunia II, pulau ini menjadi sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat. Kini, ia adalah destinasi utama bagi pelancong yang mewah. Pulau Bora-Bora terletak di Perancis berhampiran Lautan Pasifik. Ia dikelilingi oleh lagun dan karang yang indah. Di tengah-tengah pulau itu terdapat dua gunung berapi yang aktif tidak lagi: Mount Pahia dan Gunung Otemanu. Nikmati keindahan gambar Pulau Bora-Bora sumber : msn travel website