Skip to main content

Posts

Showing posts with the label Koleksi Resipi

Senarai sarapan pagi untuk anak-anak ke sekolah

  Sarapan pagi. A mother always give the best for their children. Waktu persekolahan Isnin sehingga Jumaat, 4 minggu sebulan(tidak termasuk cuti umum) cukup memeningkan ibu-ibu mencari idea sarapan apa yang harus disediakan untuk anak-anak sebelum ke sekolah nanti. Faktor masa, barang-barang mudah diperolehi, khasiat makanan dan juga selera anak-anak mempengaruhi menu-menu yang disediakan untuk sarapan pagi. Ada anak-anak yang suka makan pedas, ada anak yang suka makan manis untuk sarapan membuatkan kita sebagai ibu cuba mempelbagaikan menu sarapan pagi pada satu satu satu pagi. Jika situasi ini berlaku, ibu-ibu harus bijak mengadunkan menu-menu yang bersesuaian dengan anak seperti satu menu mudah yang pedas dan satu menu mudah yang agak manis.

Resipi Biskut Raya yang mudah

Tahun ini saya berazam untuk membuat biskut sendiri. Dengan harapan semoga semua akan dipermudahkan oleh-NYA, InsyaAllah. Setelah membelek-belek buku resipi didalam kotak :-), saya mempunyai senarai biskut yang hendak di buat nanti. Saya pilih resipi yang mudah sahaja, senang untuk di buat dan sedap. Hmm.. sedaplah hendaknya. Ok, di sini adalah senarai biskut yang pada saya mudah untuk di buat. Mudah dari segi senang mencari bahan dan senang untuk di buat. Biskut Mutiara Merah Biskut Cornflakes Biskut Sarang Semut Biskut Tat Nenas Popia Nestum Biskut Kopi Kepada anda yang sedang mencari resepi-resipi yang mudah untuk membuat biskut, boleh kunjungi blog Hanieliza dan Mat Gebu . Semoga anda akan mendapat idea untuk membuat biskut hari raya tahun ini. Selamat mencuba!

Biskut hari raya - Biskut sarang semut

Biskut Sarang Semut Bahan2 250 gm butter 100 gm gula halus 350 gm tepung gandum -diayak 100 gm tepung jagung-diayak 1 biji kuning telur 1 sudu teh esen vanila Hiasan Sedikit coklat rice sedikit manik gula kecil(warna-warni) Paper cup secukupnya Cara2 1. Pukul kembang butter dan gula 2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla , gaul rata 3. Masukkan tepung dan gaul rata sehingga menjadi seperti doh 4. Parutkan adunan tadi menggunakan penggarut acuan biskut sarang semut 5. Sudukan ke dalam paper cup , hiaskan dengan sedikit taburan coklat rice dan manik gula  kecil 6. Bakar dalam oven, suhu 180'C sampai masak ,anggaran masa 15 minit 7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara Tips : Jika menggunakan marjerin atau planta, sukatan tepung jagung yang digunakan adalah dilebihkan sedikit berbanding daripada sukatan dalam resipi. Ini kerana adunan biskut menggunakan marjerin lembik sedikit berbanding menggunakan butter. Sedikit perrkongsian ilmu yang tidak seber...