Petang yang damai dan tenang sekali sekala telinga di sapa lagu-lagu karaoke di tepi pantai. Ok, ini gambaran suasana di tempat yang bernama Ban Pecah. Ban Pecah ni terletak di Tanjung Piandang, Parit Buntar Perak. Dari Parit Buntar Cuma 45 minit lebih kuranglah...Kalau sesiapa yang tak pernah pergi pun confirm boleh pusing pusing cari tempat tu tak jumpa...sedangkan kitorang satu family pun 2 kali pusing baru masuk jalan yang betul, sebab Signboard tak besar..dan cuma ada satu Signboard Ban Pecah dari Kuala Kurau, Bagan Serai sahaja. Banyak kedai makan di dirikan di kawasan Ban Pecah tu, ada juga tempat untuk melepaskan tension sambil mengasah bakat dalam nyanyian...iaitu KARAOKE. Jadi sesiap yang berminat tu bolehlah perasan jadi artis kat situ sekejap.
Tempat ni memang cantik...kalau pengarah drama Malaysia nak buat drama atau filem Malaysia, di syorkan tempat ini..sesuai sebagai lokasi kampung nelayan. Rest House dan Hotel ada di Parit Buntar...dan juga homestay...kat sini banyak juga...Cuma rajin kena call owner jer..hehe.
Ok..selamat menikmati pemandangan di Ban Pecah.