Skip to main content

Proses Penuaan Boleh Dilewatkan

KITA MEMANG TIDAK BERUPAYA KEMBALI KE ZAMAN MUDA, TETAPI PROSES PENUAAN BOLEH DILEWATKAN. ANTARA LANGKAH YANG BOLEH DIAMBIL IALAH:

# Penjagaan pemakanan. Biasanya orang tua kurang berselera hendak makan. Bagaimanapun, anda perlu pastikan anda mengambil lima hidangan sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari.

Ini penting untuk mendapatkan sumber antioksidan yang meneutralkan tindakan radikal bebas. Kehadiran radikal bebas bukan saja boleh menyebabkan pelbagai penyakit, tetapi turut mempengaruhi kesihatan kulit.

# Pilih makanan rendah lemak, kurang garam dan kurang gula. Ini cara terbaik untuk mengawal pertambahan berat badan, mengurangkan risiko sakit jantung, diabetes, tekanan darah tinggi dan strok.

# Elakkan minum minuman keras.

# Minum banyak air (lapan gelas sehari).

# Minum susu berkalsium tinggi untuk mengekalkan kesihatan tulang.

# Kawal berat badan dengan bersenam sekurang-kurangnya 30 minit, tiga atau empat kali seminggu. Berjalan adalah senaman paling mudah, murah, selamat dan kurang impak kepada kaki. Ia juga boleh mengekalkan kesihatan jantung, merendahkan tekanan darah dan menguatkan sistem pertahanan badan.

# Kekalkan keanjalan dan kekuatan otot dengan melakukan senaman angkat berat. Tidak perlu pergi ke gimnasium, memadailah jika anda mengangkat dumbell. Senaman angkat berat mengurangkan risiko kelemahan otot. Malah, ia juga boleh meningkatkan kekuatan tulang.

# Cukup tidur. Kurang tidur menyebabkan anda mudah tertekan dan emosi terganggu.

# Tangani tekanan dengan baik dengan berehat, bersenam (termasuk melakukan tai chi dan yoga) atau melakukan aktiviti digemari. Bukan semua tekanan membawa kesan buruk kerana ia sebenarnya boleh memberi kita motivasi, tetapi tekanan yang tidak terkawal akan mempercepatkan proses penuaan. Kesan tekanan bukan saja boleh dilihat pada wajah, tetapi turut menjejaskan kesihatan.

# Dekatkan diri dengan agama. Hati yang tenang membolehkan kita menerima dan mengendalikan tekanan dengan lebih baik. Selain itu, belajar menerima hakikat dengan hati dan fikiran terbuka. Ia secara tidak langsung memudahkan kita berfikir jalan penyelesaian jika berdepan masalah.

# Kekalkan minda yang aktif. Ini boleh dilakukan dengan menyertai pelbagai aktiviti di kawasan perumahan, membaca atau melakukan kerja kreatif seperti melukis atau mengarang supaya masalah kemerosotan daya ingatan dapat dielakkan.

# Jangan tutup ruang untuk belajar perkara atau kemahiran baru. Ia tidak semestinya berbentuk ilmiah. Malah, memulakan hobi baru juga sebahagian daripada proses belajar. Usia bukan penghalang untuk belajar kerana melalui cara ini kita merangsang otak supaya sentiasa aktif berfikir.

# Berhenti merokok.


Kllik di sini untuk membaca tajuk Memperlahan replikasi sel dari Kosmo Online

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai