Sejak dari anak pertama, Fatin Nabilah, Harun sampailah ke Hassan, saya tak pernah tukar kepada brand lain untuk pampers anak2. Ada mencuba tukar kepada brand lain tapi nampaknya tak sesuai untuk anak2 saya. Saya dah cuba bertukar kepada pampers brand Huggies, Drypantz(walaupun adik beradik Drypers..still tak memuaskan hati saya kualitinya) dan Comfort Dry. Yang lain-lain tak pernah cuba, sebab dah tak larat nak tukar-tukar brand pampers.
Walupun Drypers agak mahal..tapi saya puas hati. Celah kangkang anak pun jarang jadi rashes, kalau pampers dah penuh sangat..kena kencing berak anak tapi tak tukar dari pagi ke tengahhari..memanglah akan jadi rashes. Kebersihan anak pun kena jaga jugak kan.
Setiap bulan, saya akan beli 3 atau 4 pek Drpers untuk Harun dan Hassan. 1 pek Drpers yang saya selalu beli berkuantiti 60 atau 84..dan harga untuk size L dan M yang kuantiti satu pek 60 atau 84 adalah sekitar RM30.90, RM 31.90, RM 32.9, RM 334.9, RM35.90, RM 36.90 dan RM 37.90. Itu harga Drypers sepanjang yang saya dah beli untuk 2 orang anak bujang saya yang berumur 1 tahun 5 bulan dan 3 tahun 5 bulan ni. Yang berumur 3 tahun 5 bulan ni(Harun Mustaqim), setakat gunakan 1 atau 2 pampers je untuk waktu malam sahaja. Si adik jangan ceritalah ..baby lagi ..hehe
Pelekat pampers Drypers ni jangan sampai terkena minyak(contoh, Vicks, Telon, Yu Yi Cap Limau..dll..) dan jugak jangan dikenakan bedak talcum. Nanti pita pelekat tak boleh digunakan lagi..dan rugi 1 pampers tak boleh di gunakan semata2 pelekat dah tak melekat lagi. Tapi kalau nak sambung guna loytape boleh jugak..hehe.
Comments