Skip to main content

Berkongsi kisah Tupperware

Diawal-awal kemunculan produk Tupperware satu masa dulu, saya tak ambil kisah sangat sebab pada saya semua produk yang berasaskan MLM ni..sama saja. Sehinggalah saya menghadapi masalah untuk menyimpan susu tepung anak kecil yang hendak dihantar ke Taska. Tentu ada yang bertanya kenapa tak beli susu dalam tong saja kan?
Kadang-kadang saya akan beli dalam tong  dan kadang-kadang dalam plastic..mengikut keadaan tapi satu faktor yang jelas..penjimatan harga susu. Dari segi pembungkusan adakala harga susu dalam tong lebih sikit dari harga susu dalam berbungkus plastik.
Berbalik kepada kisah Tupperware, sehingalah saya mengetahui  jiran sebelah rumah saya adalah ahli atau consultant produk Tupperware.
Pengalaman pertama menggunakan memang puas hati, dan seterusnya saya gunakan Tupperware tersebut untuk mengisi keropok dan biskut anak-anak.  Memang produk Tupperware produk yang kedap udara. Saya sehinggakini masih menggunakan produk Tupperware..dan meskipun harganya mahal..saya tidaklah membeli selalu atau setiap kali catalog baru muncul..saya hanya membeli sekiranya dapur saya memerlukan sahaja.
Sekian, perkongsian kisah Tupperware dari saya.
Ada penduduk Parit Buntar atau sekitar utara ini yang berminat nak beli produk tupperware?
E-mailkan kepada saya.

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai