Skip to main content

Kenanga City

Fesyen-fesyen tudung wanita zaman sekarang begitu moden. Pelbagai gaya dan corak di reka untuk memenuhi permintaan fesyen wanita zaman sekarang. Memang sedia maklum kaum wanita sukakan kecantikan, saya juga begitu. 

Baru-baru ini saya berkunjung ke Kenanga City.. Klik di sini untuk melihat apakah Kenanga City. Sepanjang perjalanan saya daripada Stesen LRT Hang Tuah, memang begitu banyak sekali kedai pemborong pakaian. Boleh dikatakan sekeliling kawasan Kenanga City tersebut adalah kedai pemborong pakaian. 

Sebaik sahaja kaki memasuki Kompleks Kenanga, juga pemandangan yang dipenuhi dengan kedai pemborong pakaian sahaja. Saya tidak bertanyakan harga pakaian di setiap kedai cuma sekadar membuat tinjuan untuk kunjungan pertama. 

Kalau di ikutkan memang rasa nak memborong tu ada dalam hati, tapi rasanya untuk kunjungan yang pertama ini lebih baik sekadar buat tinjauan harga. Saya ada bertanyakan kepada beberapa pengunjung wanita yang di lihat telah membeli-belah di situ, mereka mengatakan harga di kedai-kedai borong di luar kompleks Kenanga adalah murah sedikit berbanding di dalam Kompleks Kenangan. 

Saya juga tidak melepaskan peluang untuk membeli sesuatu. Saya membeli sehelai tudung bawal 2 tone di salah sebuah kedai di dalam Kompleks Kenanga ini. Pekerja kedai memaklumkan kalau saya membeli 5 helai tudung bawal 2 tone ini, sehelai akan jatuh kepada harga RM 13.00. Jika saya membeli sehelai tudung sahaja maka harga adalah RM 20. Saya cuma membeli sehelai tudung bawal 2 tone bidang 50, tetapi masih mendapat harga diskaun mungkin iaitu RM 16. BOLEHLAH!

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai