Skip to main content

Pengalaman pertama di terjah ZHULIAN

Zhulian bukanlah satu nama baru bagi saya. Dalam 10 tahun yang lepas pun saya dah dengar kejayaan orang yang masuk Zhulian ni daripada rakan di tempat kerja. Cerita daripada orang-orang Zhulian ataupun MLM lain yang telah berjaya telah banyak saya dengar dan lihat. Tetapi sebenarnya di sebalik kesenangan tu bukanlah mudah contohnya masuk ahli hari ni minggu depan terus dapat kereta ataupun Diamond Level atapun level tertinggi yang lain. 
 
Pada petang semalam saya telah di datangi oleh seorang jiran dan upline beliau. Awalnya saya tidak mengetahui tujuan kedatangannya malahan tidak menjangka sama sekali kedatangan tersebut bertujuan memperkenalkan Zhulian. 


Saya sangat terkilan dan kecewa dengan cara Upline tersebut yang tidak memperkenalkan diri kepada saya..dan saya pun terlupa bertanyakan nama beliau. Sangat kecewa kerana dari cara beliau approach untuk menjadi ahli Zhulian nampak seperti kurang adab. Beliau tidak menghormati saya selaku tuan rumah. Sudahlah pertama kali berjumpa, sepatutnya bercakap kepada tuan rumah secara sopan untuk menerangkan tentang Zhulian. Sangat geram dan marah..Tak nak buang masa saya masuk sebagai ahli dengan bayaran RM68. 
 
Nampaknya saya kena buat searching dan bacaan di internet mengenai Zhulian ni. Apa yang hebat dan bagus sangat produk ini. To be continue...itupun kalau ada letters from Zhulian come  to my letter box.


kredit image to gokhanalbayrak.com

Comments

Anonymous said…
This Blog was most helpful, your ideas are straight to the point, and the colors are cool too.
HTTP://www.KneeNeckBackPain.com/

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai