16 Mei, Hari Rabu akan diadakan sambutan Hari Guru di Sekolah anak saya, S.K. Kampong Kedah dan Tadika Anak Soleh. Si kakak tak teruja sangat untuk menyambuat Hari Guru, lain pula halnya dengan Si Adik Harun dan Adik Hassan.
"Esok ada jamuan Hari Guru" kata adik Harun.
"Mi..eshok Hali gulu" Adik Hassan pulak menyampuk.
"Kakak nak beli hadiah tak kak? Untuk Cikgu2..."Saya menyoal kakak.
"Bolehlah mi, kat kedai buku sekolah ada hadiah mi..boleh beli kat sekolah."
"Tak bestlah kak, cikgu dah tau kakak beli kat kedai buku sekolah"
"InsyaAllah petang esok kita pegi kedai sebelah Hari-Hari ye?"
"ok."
Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar dan mendidik anak saya sehingga mereka boleh membaca dan menulis. Terima kasih kepada cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah, dan KAFA usm serta Tadika Anak Soleh dan juga Cikgu Faridah yang telah mengajar Aritmetik kepada Fatin dan Harun.
TERIMA KASIH CIKGU!
kredit image to hamzah81.blogspot.com
Comments