Kaum wanita memang suka menjaga kecantikan. Lambakan produk-produk kecantikan di pasaran membantu kaum wanita membuat pilihan dari segi harga dan keberkesanan sesuatu produk. Informasi produk yang boleh didapati melalui majalah, internet, kawan-kawan ataupun medium penyebaran maklumat yang lain telah membantu kaum wanita dalam membuat pilihan dan perbandingan produk dengan produk yang lain.
Once upon a time..saya menggunakan Soy Mirifica, tetapi rasanya yang agak manis membuatkan saya mencari info mengenai produk lain. Tambahan pula cara memakannya perlu di bancuh ia tidak sesuai untuk orang yang malas seperti saya. :-) Dari segi harga jika di bandingkan dengan produk-produk yang lain ia amat berpatutan untuk Soy Mirifica. Selepas itu saya mencuba pula Soy Collagen..tetapi ia tidak sesuai untuk saya dan kurang berkesan kepada diri saya. Dari segi harga Soy Collagen lebih murah dari B'White.
Setelah mencari maklumat daripada pelbagai sumber, saya telah mencuba produk B'White keluaran Innerhealth Beauty. Dari segi harga pula sekotak RM 45 setelah minta pengurangan harga dari harga jualan di kedai. Yang menariknya adalah produk ini tidak perlu di bancuh tetapi terus dimasukkan kedalam mulut dan minum air masak yang banyak. Setakat ini produk ini berkesan untuk saya dan saya menyukai rasanya seperti oren.
Comments
menghadiahkan Pujian kepada orang di sekitar adalah awal investasi Kebahagiaan Anda...
di tunggu kunjungan balik.nya gan !