Dalam perniagaan, pemasaran merupakan salah satu aspek yang tidak boleh di abaikan. Pemasaran di perlukan dalam usaha untuk memperkenalkan produk dan memajukan perniagaan. Seseorang ahli perniagaan perlu menguasai dan mempunyai strategi pemasaran terhadap produk yang hendak dipasarkan.
Era globalisasi terdapat pelbagai jenis medium untuk memperkenalkan produk kepada umum, salah satunya adalah melalui medium pengiklanan menggunakan brochure. Brochure masih lagi relevan walaupun pengaruh digital telah memepengaruhi aspek pemasaran masa kini.
Terdapat beberapa perkara yang perlu di tekankan untuk membuat brochure. Di antara perkara tersebut seperti berikut;

Letakkan diri anda sebagai pelanggan, apa yang seseorang pelanggan suka jika mendapat brochure?
Berikan mereka maklumat mengenai produk yang hendak diperkenalkan dalam bentuk "ayat manis" yang menarik. Berikan soalan dan jawapan kepada soalan tersebut didalam headline brochure anda.
Ayat manis ini akan menarik mata pembaca untuk membaca lagi keseluruhan brochure anda. Jangan membuat ayat manis berunsur penipuan. Ayat ini akan menjerat anda dan menipiskan peluang anda untuk menarik pelanggan membaca brochure tersebut!
Tukar intipati brochure kepada isi kandungan yang penting bukannya menceritakan kisah asal usul produk atau perkhidmatan anda.
Berikan apa yang pembaca mahu. Contoh, jika anda membuat perkhidmatan mencetak baju, nyatakan apa yang pelanggan anda akan perolehi dan berapa lama tempoh menyiapkan tempahan sekiranya membuat tempahan cetakan baju di kedai anda.
Tulisan ini berdasarkan pembacaan dan pengalaman penulis blog
Comments