Skip to main content

Memahami stress

Setiap manusia yang hidup dan normal mengalami stress. Stress muncul daripada kitaran hidup di sekeliling kita dalam kehidupan seharian. Apabila kita berhadapan dengan cabaran atau masalah, secara tidak sedar kita akan menghadapi stress. Manusia tidak boleh lari dari stress. Beratur panjang di pasaraya juga akan memberi stress. Tetapi ia hanyalah stress kecil dan bukan jangka masa panjang. Jika setiap pagi berkejar menguruskan anak-anak ke sekolah seterusnya melalui jalan yang sesak ke tempat kerja, itu boleh dikira sebagai stress besar.

Walaupun pelbagai tanda -tanda lain, tetapi faktor seperti sakit kepala, kurang fokus, kurang semangat, mudah marah, rasa rendah diri, sakit belakang merupakan tanda-tanda stress.

Uruskan Stress anda

Stress harus ditangani dengan bijak. Melakukan aktiviti fizikal, susun semula jadual hidup, lapangkan masa bersama kawan-kawan atau keluarga, dapatkan tidur yang cukup antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk membantu menangani stress.

Pengambilan ubatan moden boleh membantu tetapi haruslah dipreskripsi daripada doktor bertauliah. Namun pengambilan ubatan moden hanyalah bersifat sementara. Cuba kawal emosi diri, perasaan serta yang penting sebagai khalifah sementara di bumi ini, kembali kepada fitrah, dekatkan diri kepada-NYA serta banyakkan membaca al-quran untuk mendapatkan ketenangan dari dalam diri.

Klik ke halaman ini untuk memahami lebih jelas mengenai stress.

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai