Skip to main content

Mengetahui Minyak Kelapa Dara

Bagan Datoh merupakan salah satu daerah yang terdapat di dalam negeri Perak. Terletak di daerah Hilir Perak, mengambil masa selama satu jam untuk ke bandar Teluk Intan dan satu jam perjalanan untuk memasuki negeri Selangor Darul Ehsan. Pokok kelapa yang banyak di tanam di Bagan Datoh atau lebih dikenali Bagan Datok, menjadikan Bagan Datok terkenal sekitar tahun 1899 sehingga kini.

Kini seiring dengan perkembangan teknologi semasa, buah kelapa ini telah menjadi cabang kepada satu produk yang dikenali iaitu minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara di Bagan Datoh boleh didapati dengan harga yang murah berbanding dengan penjualannya di tempat-tempat lain.

Minyak yang keluar dari buah kelapa yang cukup matang melalui proses khas dengan tidak merosakkan struktur asal atau khasiat semulajadi minyak kelapa yang terdapat didalam buah kelapa tersebut disebut sebagai minyak kelapa dara.

Minyak Kelapa Dara dihasilkan secara organik melalui proses pementasi semulajadi dengan tidak menggunakan haba bagi memastikan struktur lemak / patty asid yang kaya dengan "lauric Oil " tidak rosak seperti standard yang ditetapkan.

Minyak kelapa dara amat bagus dalam merawat masalah penyakit kulit. Ini adalah berdasarkan pengalaman anak saya yang mempunyai masalah kulit di muka. Bermula dengan panau dan seterusnya merebak menjadi gatal-gatal kemerahan. Lalu saya mencuba sebotol produk minyak kelapa dara, dan Alhamdulillah gatal-gatal dimuka anak saya telah kembali pulih.

Ini antara laman web yang menghasilkan dan menjual produk minyak kelapa dara yang saya temui.
           

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai