Gambar dirakam melalui telefon.
Lebih dikenali sebagai Pasar Kemboja Parit Buntar, sebenarnya adalah merupakan Pasar Kemboja di Permatang Tok Mamat. Ia bermula seawal jam 6.30 pagi sehinggalah jam 12 tengah hari. Kemuncak paling ramai pengunjung di pasar kemboja ini adalah pada hari Jumaat. Pasar yang diadakan pada setiap hari Isnin dan Jumaat pada setiap minggu ini adalah merupakan tumpuan belian kain-kain untuk peniaga-peniaga kain yang kecil di daerah Parit Buntar dan Sempadan Pulau Pinang.
Kebiasaannya jualan adalah berdasarkan jualan borong. Pasar ini juga merupakan berkembangnya pusat fesyen terbaru bagi kaum wanita di daerah ini. Penjual yang berniaga di pasar ini adalah merupakan penjual yang datang daripada Kuala Lumpur, Alor Star dan Johor Bahru malahan daripada Parit Buntar sendiri pun tidak kurang juga. Antara peniaga di Parit Buntar yang menjual jualan mereka di Pasar Kemboja ini yang diketahui adalah kedai Tekstil Hapisah di Parit Buntar dan Kedai kain Nasha di Parit Buntar. Mungkin banyak lagi yang tidak saya ketahui.
Lokasi pasar kemboja ini terletak tidak jauh daripada lampu isyarat simpang 4 yang merupakan sempadan antara negeri Perak dan Pulau Pinang. Pasar tersebut berada di hadapan Sekolah Kebangsaan Permatang Tok Mahat, SPS, Pulau Pinang. Tidak jauh melepasi lampu isyarat di Simpang 4 tersebut akan menemui kedai makan yang terkenal iaitu Kari Corner.
Comments