Skip to main content

Rumpai laut sebagai collagen. Berkesankah?

Tahun lepas banyak maklumat mengenai rumpai laut mentah di internet. Tahun 2013 ini lagi bercambah-cambah maklumat di internet dari segi permintaan penjualan dan pertanyaan khasiatnya. Ini disebabkan permintaan yang tinggi di kalangan kaum wanita. Sayalah diantara orang yang termasuk didalam golongan "permintaan" itu. Sebelum ini pernah mencuba BWhite ,Soy Collagen dan produk Atika Beauty,  tapi saya stop atas sebab-sebab tertentu.

Kebergantungan orang perempuan ni terhadap suplemen makanan untuk menjaga penampilan diri dalam dan luaran banyak sekali. Majalah ANIS bulan Mac 2013, tulisan oleh Dr. Nurhalina Azly binti Minhat (Tulisan bertajuk : Atasi kulit kedut dan kendur) mengatakan bahawa pengambilan vitamin A dan C adalah perlu bagi menggantikan kolagen yang hilang.

Kembali kepada tajuk Rumpai Laut, saya ada membaca di internet bahawa setakat ini tiada kajian saintifik yang di buat mengatakan rumpai laut mampu menggantikan colagen yang telah hilang dalam tubuh badan manusia. Bermaksud apakah yang terjadi.. sekiranya pengambilan terlalu banyak, ataupun bolehkah pengambilan di ambil oleh semua orang atau hanya orang yang tidak mempunyai penyakit-penyakit tertentu sahaja yang boleh mengambil rumpai laut sebagai makanan tambahan. Yang ada sekarang ini hanyalah berdasarkan testimoni pengguna sahaja.

Itu hanya pembacaan saya sahaja. Banyak sumber lagi boleh dirujuk. Saya sendiri adalah consumer rumpai laut. Setelah dimasak rasanya seperti jelly tawar, banyak blogger-blogger mengatakan tambahkan dengan sebarang perisa untuk menghilangkan bau hanyir dan memberikan rasa kepada rumpai laut tersebut. Terlalu awal untuk memberikan testimoni..tapi setakat ini saya berpuas hati. Jika hasilnya bagus dan baik, bolehlah saya review rumpai laut di entry akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai