Tulisan ini hanya berdasarkan pendapat saya sendiri mengenai insurans kesihatan. Pendapat yang saya kira mewakili golongan berpendapatan pertengahan , kerana saya tergolong didalam kumpulan itu. Tidak semua orang di Malaysia mampu memiliki insurance kesihatan, tambahan pula kemudahan kesihatan di hospital dan klinik-klinik kerajaan telah dinaiktaraf dan bertambah baik. Itu saya akui. Bagi golongan berkemampuan adalah tidak mustahil mereka boleh memilik insurans dengan kadar bayaran mampu milik mereka setiap bulan ataupun melalui bayaran tahunan kepada insurans kesihatan tersebut.
Saya sekeluarga memang memiliki insurance kesihatan Prudential BSNTakaful. Dan setiap bulan kami menjelaskan bayaran hampir RM 600 untuk perlindungan insurans yang merangkumi 5 orang untuk kami sekeluarga(++3 orang anak). Saya boleh mengatakan ada bagusnya memiliki insurance kesihatan ini, namun ada juga yang kurang memuaskan hati. Semua insurans kesihatan mengatakan pelanggan boleh mendapat tuntutan wang semula yang digunakan semasa mendapatkan rawatan di hospital swasta...tetapi sebenarnya bukan mudah untuk mendapat wang tersebut. Ia akan melalui satu proses dan melibatkan jangkamasa yang agak lama...bergantung kepada keadaan.
Sebenarnya semua insurans kesihatan adalah bagus, yang tidak bagus mungkin adalah agen insurans yang tidak memainkan peranan membantu kita di masa kita benar-benar memerlukan. Sumber bacaan yang saya dapati di internet, mendapati 3 jenama insurance ini menjadi pilihan ramai. Insurance tersebut ialah AIA, Great Eastern dan Prudential. Pembaca yang bijak dan budiman boleh juga mendapatkan rujukan melalui sumber lain yang dipercayai.
Boleh baca sumber tersebut daripada laman web ini.
Baca sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai AIA Protection ExcelCarePlus 2013
Baca sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelan kesihatan Great Eastern
Mudahnya mepunyai insuran kesihatan adalah semasa kita sakit, namun harus di ingat, jika jumlah insuran kita berkurangan dan tidak mampu menanggung kos rawatan di hospital swasta, ditambah pula dengan keadaan penyakit teruk dan kritikal, kita akan di cadangkan oleh doktor untuk meneruskan rawatan ke hospital kerajaan juga. Jika masih muda, mampu untuk menanggung kesakitan dialami , dan anda telah mendapatkan rawatan di hospital kerajaan...bersabarlah. Kerana jururawat dan doktor di hospital mempunyai beratus-ratus pesakit setiap hari untuk di rawat dan melayan pelbagai kerenah tidak kira bangsa, usia dan penyakit. Tetapi jika anda tidak mampu untuk bersabar dengan layanan staf hospital kerajaan dan ingin mendapatkan rawatan dalam keadaan persekitaran selesa serta layanan mesra daripada staf dan doktor bertugas, tidak salah jika mendapatkan rawatan di hospital swasta.