Saya bukanlah seorang pakar perniagaan di internet. Entri ini sekadar pendapat daripada saya untuk bacaan pembaca yang sudi membaca blog ini, terima kasih diucapkan.
Saya menyukai perniagaan, terutamanya pernigaan di internet. Pernah sekali saya mencuba, tetapi tidak berjaya. Alasan, tidak mempunyai masa. Alasan yang cliche. Peluang perniagaan di internet terbuka luas kepada sesiapa yang sanggup mengharungi cabarannya, nampak seperti mudah...tetapi percayalah, kita memerlukan lebih usaha terhadapnya berbanding perniagaan konvensional menggunakan tenaga dan sudah tentu kapasiti modal yang agak besar. Untuk memulakan perniagaan di internet, perlukan lebih masa ditumpukan jika modal kecil...Mengapa saya katakan lebih masa jika modal kecil? Ini kerana untuk sesuatu perniagaan yang dibangunkan di internet memerlukan medium seperti laman web atau blog sebagai lokasi pengenalan barang yang diniagakan. Lihat sahaja contoh seperti kedai-kedai online yang banyak di internet, bukankah di laman web mereka terpapar gambar dan harga produk? Ini bertujuan memberikan penjelasan kepada pelanggan tentang perniagaan dan produk yang diniagakan. Perniagaan menjual maklumat juga banyak didapati di internet seperti e-book. Bukankah design e-book tersebut adalah gambar e-book yang diniagakan dan promosikan selain daripada kandungan e-book yang mantap? Dan banyak perkara yang harus dipelajari untuk bermula perniagaan di internet...juga mungkin anda perlukan seorang mentor untuk berjaya.
Berniaga di faceboook atau laman sosial yang lain juga memerlukan sedikit ilmu untuk berjaya. Ilmu dari segi promosi serta ayat-ayat manis untuk menarik pelanggan. Tidak kurang juga yang berjaya berniaga di internet hanya melalui suka-suka, mungkin itu rezeki mereka.
Di sini saya dapat membuat kesimpulan bahawa untuk berjaya melakukan perniagaan di internet kita mestilah memerlukan:
- Ilmu
- Masa
- Semangat yang tinggi
- Wang
- Mentor
Semoga kita akan sama-sama berjaya!
Comments