Timun boleh di gunakan untuk mengatasi mata yang sembab. Caranya adalah dengan menggunakan 2 hirisan nipis timun yang telah disejukkan dalam peti ais. Letakkan di mata semasa hendak tidur. InsyaAllah mata akan jadi segar pada keesokan harinya.
Selain daripada itu timun juga boleh di jadikan jus minuman. Blender 1 biji timun bersama 2 cawan air, tapiskan dan sedia untuk diminum. Boleh ditambah gula untuk rasa manis sedikit.