Biskut pilihan saya semasa waktu bekerja adalah roti Cream Crackers Jacobs yang original. Saya pernah makan Jacob’s Hi-Iron dan Wheatmeal. Jika dibandingkan semula dengan Jacob’s Crackers yang original, amat berbeza rasanya. Kenapa saya suka Jacob’s Original? Kerana rasanya sedap dan lemak. Saya selalu beli 1 kotak untuk diletakkan di tempat kerja. Pembungkusan roti Jacob’s yang didalam kotak memudahkan kerja saya. Saya lebih suka menyebutnya sebagai roti. Tak perlu letakkan di Tupperware setelah di buka, kerana pembungkusannya yang mesra pengguna, iaitu roti tersebut dibungkus dalam peket kecil. 1 peket mengandungi 4 keping roti. Harga roti Jacob’s Cream Crackers 1 kotak adalah RM 3.60. Kepada yang suka mengunyah-ngunyah sewaktu bekerja boleh cuba roti Jacobs ini sebagai kudapan anda.
Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan...
