Tidak semua orang mengalami tumit pecah. Tapi bagi yang menghadapi masalah tumit pecah, lama kelamaan ia jadi merimaskan. Tumit kaki jadi kasar dan adakalanya sakit sewaktu berjalan terutamanya jika berdiri dalam masa yang lama. Saya juga bermasalah pada bahagian tumit kaki. Sebelum ini hanya mencuba produk Ellgy dan Rosken Repair. Tapi masalah tak berkurang. Saya mencuba produk Scholl untuk merawat tumit kaki yang pecah. Alhamdulillah, walaupun bukan 100% cantik halus tumit kaki itu, tetapi sekurang-kurangnya dapat menutup pecah-pecah di tumit kaki saya. Walaumacammanapun, pada pendapat saya, jika rajin menggunakannya InsyaAllah masalah tumit kaki pecah ini boleh dihilangkan. Kepada pembaca yang mengalami masalah ini mungkin boleh mencuba produk Scholl. Berharga RM 15.90 dengan isi kandungan 25ml. Boleh didapati di semua farmasi.
Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.