Skip to main content

Cara Hilangkan whitehead dan blackhead, Memudarkan parut; Tips cantik semulajadi dari sumber di dapur

Untuk memudarkan parut di muka atau bahagian badan anda, boleh cuba gunakan serbuk kulit kayu manis. Caranya :
  • 1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis dibancuhkan dengan sedikit air. Sapukan rata di bahagian yang berparut, lakukan beberapa kali...InsyaAllah, akan hilang parut tersebut. Kulit kayu manis ini agak panas jika diletakkan di muka dengan kuantiti yang banyak, jadi hanya gunakan sedikit sahaja. Cara sebegini memerlukan azam dan kesabaran yang tinggi untuk mendapatkan hasilnya.
Buah tomato boleh digunakan sebagai masker muka untuk menghaluskan kulit muka. Penggunaan pada pertama kali adalah pedih sedikit, hanya setelah beberapa kali penggunaan tiada lagi rasa pedih.Caranya :
  • Potong buah tomato, gosokkan di muka, biarkan 30 minit. Selepas itu basuh dan cuci muka seperti biasa.
Halia pula boleh digunakan sebagai minuman yang berfungsi untuk membuang angin didalam badan. Caranya :
  • Rebus halia bersama 2 gelas air didalam satu periuk. Biarkan mendidih sehingga menjadi 1 gelas air. Biarkan sejuk dan minum sebelum tidur pada waktu malam dan selepas bangun tidur pada waktu pagi.
Untuk memudarkan whitehead dan blackhead boleh gunakan lemon. Caranya :
  • Potong lemon sedikit, titiskan madu lebah setitik, dan gosokkan di hidung yang terdapat banyak whitehead dan blackhead.

Harus di ingat, cara sebegini memerlukan kesabaran, azam dan semangat yang tinggi untuk melakukan secara rutin. Cara ini adalah cara konvensional dan ia bukanlah seperti produk -produk yang ada di jual dipasaran yang dapat memberikan kesan cepat kepada anda. Lakukan secara rutin dan sentiasa sabar, InsyaAllah hasilnya akan kelihatan walaupun ia mengambil masa.

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai