Apa yang menarik di Bukit Bendera adalah pemandangan negeri Pulau Pinang yang boleh di lihat dari atas bukit.
Pemandangan akan kelihatan lebih menarik bila tiba waktu senja kerana pada waktu tersebut akan kelihatan lampu-lampu menghiasi pemandangan negeri Pulau Pinang.
Kabel car di gunakan untuk pengunjung sampai ke Bukit Bendera. Bagi yang sukakan cabaran boleh ke Bukit Bendera melalui jalan lain di tempat yang bernama Kebun Bunga. Melalui Kebun Bunga perjalanan lebih mencabar dan akan mengambil masa kerana laluan yang harus ditempuh untuk naik ke atas Bukit Bendera adalah sejauh 5 kilometer. Manakala melalui kabel car pula pengunjung hanya perlu membeli tiket, beratur menunggu giliran untuk menaiki kabel car dan lebih kurang 5-8 minit anda telah sampai ke puncak Bukit Bendera. Dinasihatkan untuk membawa mykid anak-anak jika berkunjung ke Bukit Bendera kerana ia diperlukan (untuk diskaun harga tiket) semasa membeli tiket. Di atas Bukit Bendera anda harus bersedia dengan harga makanan dan minuman di situ.
Terdapat masjid, klinik kesihatan, pejabat pos, balai polis serta hotel di Bukit Bendera.
Boleh di lihat juga banglo-banglo mewah yang bernilai jutaan ringgit menghiasi pemandangan di atas Bukit Bendera. Perkhidmatan kereta buggy ada disediakan tetapi anda harus mengikut giliran jika pengunjung adalah ramai pada waktu tersebut. Perjalanan menggunakan kereta buggy adalah sejauh 4 kilometer dan perjalanan hanya sekitar kawasan puncak Bukit Bendera. Bayaran RM 30 dikenakan untuk perkhidmatan kereta buggy tersebut. Mari lihat gambar yang dirakam semasa kunjungan kami ke Bukit Bendera. Sebelum terlupa, kawasan parking ada disediakan bagi pengunjung yang berkereta...dan bayaran yang dikenakan adalah RM 4 sahaja.