Masih lagi cerita tentang persiapan raya. Kali mengenai balang kuih raya pulak. Kita semua tahu berbagai-bagai balang kuih raya ada di pasaran sekarang ni. Bergantung kepada pilihan masing-masing. Saya berkesempatan snap gambar bekas kuih raya baru-baru ini. Tapi cuma bekas kuih raya yang murah-murah sahaja. Jom tengok gambar yang saya ambil baru-baru ini. Kalau rasa macam balang biskut kering tu anggap sajalah itu bekas kuih raya.hehehe
Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.