Baru-baru ini saya pergi ke Pasar Kemboja Parit Buntar. Sesak dengan oarang ramai yang hendak membeli kain baju ditambah dengan jalan yang sesak...rasa macam nak pengsan! Banyak pertambahan kedai-kedai baju, tudung , pakaian kanak-kanak dan telekung solat wanita. Ada satu kedai saja yang menjual keronsang di situ. Di Pasar Kemboja kedai-kedai makan untuk melepak-lepak minum sambil tunggu anak isteri shopping sangat kurang. Sebab utama adalah orang yang pergi ke Pasar Kemboja memang nak shopping kain baju. Di Pasar Kemboja anda harus pandai tawar menawar. Silap hari bulan anda boleh dapat harga yang jauh rendah dari pasaraya, tetapi barang adalah sama. Jadi kemahiran menawar adalah diperlukan .:-)
Dan kalau boleh janganlah bawak anak-anak atau baby sebab keadaan di situ memang sesak dan udaranya tak bagus untuk budak-budak kecik.
Dan yang terbaru ini, saya pergi lagi untuk membeli pakaian anak. Kebetulan cuti umum, memang jalan teramat sesak dengan kenderaan dan orang pun ramai. Kawan-kawan saya yang pergi ke Pasar tersebut mengatakan harga tudung yang selalu beli berharga RM 70 boleh dapat RM40... tapi kena pandai tawar menawar.
Sempena hari raya akan datang, pasar kemboja ada membuat jualan ekspo yang bermula pada 26 julai sehingga hari raya .
Sempena hari raya akan datang, pasar kemboja ada membuat jualan ekspo yang bermula pada 26 julai sehingga hari raya .
Jom kita tengok gambar yang dapat saya rakamkan sepanjang saya ke sana.
Baju raya : RM80(Harga asal RM92)
Tudung RM30(Harga asal RM35)
Baju raya : RM65(Harga asal RM80)
Kaum lelaki ramai yang datang menemani isteri
Dari arah lampu isyarat Sempadan Pulau Pinang, Sg.Setar dan kampong Kedah, Parit Buntar
Pandangan dari hadapan sekolah Permatang Tok Mahat
Dari arah Parit Buntar
Tudung-tudung ni 5 helai RM 100
Tudung ni dilelong berharga RM 15 setiap satu
Tudung RM 15 setiap satu
Masa ni suasana hujan lebat, tapi orang perempuan tetap shopping jugak
Sempena Hari Raya ni, Pasar Kemboja ada membuat jualan, dinamakan expo pasar kemboja. Di buka setiap hari sehingga hari raya nanti.