Tahun ini saya berazam untuk membuat biskut sendiri. Dengan harapan semoga semua akan dipermudahkan oleh-NYA, InsyaAllah. Setelah membelek-belek buku resipi didalam kotak :-), saya mempunyai senarai biskut yang hendak di buat nanti. Saya pilih resipi yang mudah sahaja, senang untuk di buat dan sedap. Hmm.. sedaplah hendaknya. Ok, di sini adalah senarai biskut yang pada saya mudah untuk di buat. Mudah dari segi senang mencari bahan dan senang untuk di buat.
Betul ke tajuk entry ni? Untuk pengetahuan..tajuk entry ni adalah ayat2 yang keluar daripada mulut kawan2 saya..memang ramai yang claim cakap di Parit Buntar ni harga kain murah2..Tak tahu nak cakap betul ke tak..kalau nak tahu kena datang dan tengok sendiri. Gambar2 berikut ni sebahagian aje..sebenarnya banyak lagi kedai kain yang jual dengan harga borong..cuma saya je yang tak larat nak snap. Kedai Qistina ni saya dah masuk..dalam kedai ni tudung dan baju adalah design terkini. Siap ada tukang jahit lagi di bahagian belakang kedai..mungkin untuk pelanggan yang nak tempah kot..err..saya masuk untuk survey je.. Kedai pemborong tudung bawal ni..memang dah lama bertahan..meskipun banyak persaingan daripada kedai2 kain yang lain. Satu lagi kedai kain..yang pemiliknya orang Kampuchea..betul ke ejaan ni? Dan gambar terakhir di atas ni adalah pasar Kemboja. atau pasar kampuchea. Memang terkenal kat Parit Buntar..Ramai peniaga2 di Parit Buntar yang turun ke pasar ni untuk beli kain yang datan...
