Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS .
Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah.
Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot
Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut.
3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai
Bagaimana memenangi peraduan dengan mudah? Ia bukan sekadar nasib atau cuba-cuba. ia mempunyai strategi mudah dan praktikal yang mampu anda praktikkan.
Sebelum menyertai sebarang peraduan selepas ini, pastikan peraduan tersebut memiliki sekurang-kurangnya 1 ciri seperti berikut:-
Sebelum menyertai sebarang peraduan selepas ini, pastikan peraduan tersebut memiliki sekurang-kurangnya 1 ciri seperti berikut:-
• Menawarkan banyak hadiah sampingan (consolation prize)
Di samping hadiah utama yang lumayan, penganjur juga menawarkan barisan hadiah lain yang tak kurang hebatnya. Ini meningkatkan peluan anda untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
Peluang memenangi hadiah menjadi semakin besar, dan ini hanya mungkin pada peraduan yang menawarkan hadiah yang banyak.
• Tempoh penyertaan yang pendek.
Hal ini memberi kelebihan kepada anda untuk menumpukan kepada penyertaan pertandingan tersebut. Rasionalnya,lebih pendek tempoh penganjuran pertandingan, makin kurang peserta yang tahu peraduan tersebut.
Terdapat ribuan pertandingan dengan syarat yang pelbagai. Jika anda berkemampuan, tumpukan kepada peraduan yang memerlukan bukti pembelian dan hantarkan seberapa banyak penyertaan. Dalam tahun ini (2011) seorang peserta pertandingan anjuran 7 Eleven berjaya membawa pulang Mazda 2 hanya dengan menghantar penyertaan selama 4 minggu.
Jika ia memerlukan kemahiran tertentu,tumpukan kepada kemahiran tersebut dan hantar penyertaan anda setelah anda melengkapkan penyertaan yang terbaik.
Elakkan peraduan dengan ciri berikut:-
• Mempunyai ramai peserta.
Kebiasaanya peraduan sebegini adalah peraduan dengan syarat otomatik seperti sesiapa yang membeli barangan tertentu secara otomatik menjadi peserta. Juga pertandingan yang tempoh penyertaannya terlalu panjang sehingga 5 bulan. ia menggalakkan penyertaan. peluang untuk anda menang semakin nipis, melainkan anda mengamalkan strategi lain untuk menang.
• Memerlukan tugasan yang banyak
terdapat juga peraduan yang mensyaratkan anda melakukan lebih dari 5 aktiviti. Lebih parah lagi jika aktiviti tersebut melibatkan kos seperti pembelian barangan tertentu. Dikhuatiri syarat sebegini adalah sebagai strategi melonjak pasaran atau memudahkan pihak penganjur memberi alasan kepada kemenangan seseorang adalah muktamad dan tidak boleh dipertikai kerana starat yang pelbagai.
Anda masih boleh memenangi peraduan sebegini, melainkan anda seorang peserta professional dengan pelbagai strategi kemenangan. Lumrah pertandingan yang diiklankan di kaca TV atau radio menarik penyertaan yang besar, dan tentunya saingan semakin sengit!.
Terakhir,
Terdapat juga blog yang berkongsi tips pengalaman menang peraduan yang dimasuki. Kalau rajin anda google sahaja perkataan “tips nak menang peraduan”. Banyak tips boleh diperolehi daripada blogger-blogger hebat.