Petua ikan tidak melekat ketika menggoreng
Pernahkah anda menggoreng ikan, tetapi habis ikan hancur didalam kuali kerana ianya melekat? Pernah tak? Sebelum ini saya meletakkan 2 atau 3 keping asam ke dalam kuali yang digunakan menggoreng ikan itu. Tetapi masalah lain timbul, iaitu minyak yang digunakan untuk menggoreng ikan itu tadi akan menjadi hitam. Kalau minyak dah jadi hitam sudah tentu ia tidak boleh digunakan semula bukan?
Baiklah, saya akan ceritakan kepada anda semua bagaimana mengelakkan ikan melekat ketika di goreng. Caranya adalah, sebelum anda hendak terbalikkan ikan tersebut, percik-percikkan air dari pili ke sekeliling ikan. Setelah anda percikkan disekeliling ikan dengan air, cepat terbalikkan ikan tersebut. Amat mudah bukan! Memang akan ada percikan minyak akibat daripada air yang dipercikkan tadi, tetapi hanya sementara, iaitu ketika anda percikkan air ke sekeliling ikan itu. Itu sahaja.
Semoga petua ini akan bermanfaat untuk anda ketika di dapur.