Sarapan pagi.
A mother always give the best for their children.
Waktu persekolahan Isnin sehingga Jumaat, 4 minggu sebulan(tidak termasuk cuti umum) cukup memeningkan ibu-ibu mencari idea sarapan apa yang harus disediakan untuk anak-anak sebelum ke sekolah nanti.
Faktor masa, barang-barang mudah diperolehi, khasiat makanan dan juga selera anak-anak mempengaruhi menu-menu yang disediakan untuk sarapan pagi. Ada anak-anak yang suka makan pedas, ada anak yang suka makan manis untuk sarapan membuatkan kita sebagai ibu cuba mempelbagaikan menu sarapan pagi pada satu satu satu pagi. Jika situasi ini berlaku, ibu-ibu harus bijak mengadunkan menu-menu yang bersesuaian dengan anak seperti satu menu mudah yang pedas dan satu menu mudah yang agak manis.
Tidak dinafikan membuat sarapan ini, mengambil masa ibu-ibu untuk menyiapkannya. Ditambah pula dengan kerja-kerja mengemas dapur selepas aktiviti memasak, memerlukan sekurang-kurangnya satu jam masa untuk menyelesaikan semua kerja-kerja tersebut.
Waktu ideal adalah bangun jam 5.00 pagi, namun jika anda adalah seorang yang tangkas dan cekap di dapur, jam 6.00 pagi sudah memadai untuk menyiapkan kerja-kerja penyediaan sarapan untuk anak-anak ke sekolah.
Sebagai ibu, saya juga mempunyai masalah yang sama, iaitu menu untuk sarapan anak kesekolah dan factor masa yang . Baiklah, terdapat beberapa senarai sarapan yang mudah untuk – anda dan saya cuba sebagai sarapan pagi anak-anak. Mari kita lihat senarai :
2. Nasi goreng
3. Maggie goreng
4. Kuew tiaw goreng
5. Makaroni / spaghetti Carbonara
6. Burger ayam yang mudah
7. Pulut cicah kuah kari ayam
8. Bubur lambuk
9. Aneka keropok-keropok guntuk digoreng
10. Roti sosej breadcrumb
11. Roti goreng bersalut tepung
12. Roti bakar
13. Roti jem kacang/ jem strawberry/ sekaya
14. Roti sandwich tuna
15. Roti sandwich telur
16. Roti sandwich sardine
17. Roti sardin goreng
18. Roti salut telur goreng tanpa minyak
19. Cekodok pisang
20. Pisang goreng
21. Burger telur
22. Roti gulung kosong bersalut breadcrumb
23. Bubur pisang
24. Cucur tepung ikan bilis/ udang kering
25. Lempeng kelapa
26. Kek biskut merie – (di buat waktu malam, kerana ia perlu diletakkan dalam peti sejuk dahulu)
27. Kek coklat mudah
28. Biskut jejari roti salut coklat
29. Donut –(adun bahan-bahan waktu malam)
30. Apam tepung gandum kukus –(kena adun bahan-bahan awal,/ waktu malam)
Selamat mencuba!