Skip to main content

Mesra card reward di Petronas membantu jimat isi minyak?


Bagi sesiapa yang selalu mengisi minyak di Petronas, dicadangkan anda mendapatkan dan menggunakan kad mesra. Kad mesra bukanlah kad jimat minyak. Kad mesra adalah kad ganjaran di mana setiap pengisian minyak dan juga setiap pembelian barang didalam kedai Mesra Petronas akan di beri mata ganjaran berdasarkan nilai pembelian yang di buat.

Mata ganjaran yang diberi adalah 1 point =1 cent. Jika anda mempunyai 100 point bermakna = Rm1. Point yang banyak juga boleh digunakan untuk mengisi minyak. Point yang terkumpul ini adalah sah sehingga 3 tahun sahaja. Selepas dari tempoh tersebut point di kira expired. Point yang expired tidak boleh dituntut semula. Mata point boleh disemak dengan mudah dan cepat iaitu melalui kaunter Petronas. Selain daripada itu boleh juga menggunakan talian hotline atau membuka laman web Petronas untuk menyemak jumlah point yang terkumpul.Semua ini boleh di rujuk kepada laman web Petronas.

Bukan hanya Petronas menawarkan program seperti ini, syarikat minyak lain seperti Caltex dan Shell juga ada memberikan reward kepada loyal customer. Bezanya saya menulis berdasarkan kekerapan saya mengisi minyak di stesen minyak Petronas dan ganjaran yang telah diperolehi sepanjang mengisi minyak di Petronas. 

Kredit gambar kad mesra yang cantik kepada website Petronas

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai