Tajuk sangat havoc...heh...
Okeylah, kita lari sikit dari tulisan macam ala-ala feminin dengan ala-ala skema gitu, kali ni kita cerita ganas sikit. Bukan ganas pon, tajuk ni macam susah sket orang pompuan nak buat...kan kan....
Okey ladies,
Macammana nak buat kalau monitor kita tak display apa apa?
Macam ni ceritanya wahai ladies semua...
Masalahnya bermula begini:
Kalau komputer restart secara tiba-tiba dan selepas restart monitor memaparkan blue screen, lepas tu komputer restart semula tapi langsung tak ada display. Hanya kipas cpu aja yang berpusing. Restart sekali lagi masalah yang sama jadi juga dan monitor masih blank.
Apa yang ladies-ladies semua kena buat?
Mula-mula, cabut RAM computer. Bersihkan kaki RAM gunakan pemadam(pemadam? alahai...eraser/pemadam yang guna untuk padam tulisan kita guna pensel tu...)...dengan berhati-hati berlapikkan tisu atau kertas. Jangan tonyoh sangat, just padam pelan-pelan je kat kaki RAM yang berwarna ala-ala emas gitu. Setelah yakin dibersihkan beberapa minit, pasang semula RAM tersebut mengikut lubang slot dengan berhati-hati.
ATAUPUN......
Tukar kedudukan RAM tadi di slot yang berbeza. Means kalau komputer tu ada 4 slot, korang kena letakkan kat slot 1 dan 3 atau slot 2 dan 4 gitu. Dia kena selang . Boleh? Try lah...jangan harap kat kedai je...kalau tak boleh jugak baru antar ke kedai, kalau tak nak hantar kat saya pun boleh...ladies ajer tau...laki-laki NO ENTRY!hiii.
Selamat mencuba.