Skip to main content

Macammana nak kecutkan jerawat di muka


Masa awal zaman remaja dulu, muka saya ni memang banyak jerawat besar-besar. Masa nak pegi sekolah sibuk cover muka guna cream Oil Of Ulan, Sekarang nama dia dah tukar ke Olay gitu. Nasib baik bapakku very de cool ...haha, pasal tak tau anak dara dia tengah buat apa...apalah lama sangat bersiap nak pegi sekolah ni ha kan...sekarang ni...kalau anak daraku pulak lambat, aku dah boleh agak dah dia buat apa...maklumlah...mak dia pun remaja gak dulu kan.hehehe.

Fikir punya fikir macammana nak kecutkan jerawat ni ye. Tanya kat mak, mak pun bagi consultant sambil masak-masak kat dapur je ha...dia cakap bla bla bla bla...saya pun angguk pala ha ye lah. Solehah katakan. Tak pernah bantah punya.kikikiiii

Banyak ni harga dia Seringgit

Okey, saper yang rasa dah give up guna krim itu ini tak jugak selesai masalah tu boleh apply cara ni.


Ambik daun sirih dalam 15 helai. Basuh bersih-bersih. Masukkan dalam satu bekas, tuangkan air panas ke dalam bekas yang ada daun sirih tu ha.Tutup dengan penutup. Tunggulah agak-agak dalam setengah jam selepas tuang dengan air panas tu...nak bagi agak2 sejuk sikit, korang ambik tuala, buat ala2 sauna muka gitu. Tutup keliling kepala + muka tu dengan tuala. Tak bagi wap daun sirih tu keluar. Agak-agaklah dalam 5 minit ke bagi wap daun sirih tu kena muka. Kalau tak tahan panas, biarkan dulu lepas tu buat lagi.Buatlah dalam 3 kali "sauna" kan muka tu. Bila air daun sirih dah sejuk ,gunakan untuk basuh muka.

Dah try carik kat internet, gambar ni je yang jumpa. Cam nilah cara tutup muka guna tuala tu....nak buat sauna muka kataka...haruslah hadap macam-macam cara nak hilangkan jerawat kan kan.

Okey, selamat mencuba!

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai