Warranty ni bagus sebenarnya untuk peralatan elektrik elektronik dan alatan yg melibatkan mesin mekanikal. Selain dari memudahkan kerja kita dari segi nak pikir masalah komputer, kalau ada masalah lah...kalau tak ada masalah, bagus . tapi kalau dah beli komputer mahal2 mestilah kita nak kan jaminan kan? Lagi satu kalau rosak, tak payah pening kepala pikir nak keluar duit pulak untuk repair.
Sekarang ni kita cerita bab komputer ye. Okey, kalau warranty tu memudahkan...hmm jadilah cam aku ni ...yang bila masalah timbul, aku just call supplier dan hantar je komputer kat dia untuk repair.
Saja je nota aku snap senget. Sila sengetkan kepala atau pusing monitor untuk baca ...hiiii
Tapi tak syoklah, komputer baru beli tak berapa bulan pun, dah problem. Harus diakui, mungkin operator kilang tu buat silap kot masa assemble komputer ni....
Aku suka Dell sebab warranty, service bagus, dan boleh troubleshoot through telepon je kalau ada masalah. Cuma bagi service tag je dan customer service dell akan bantu sehingga selesai. Kalau tak boleh jugak, diorang akan hantar technician dari area yang terdekat untuk bantu setle masalah.
brand Hp pun bagus jugak. Cumanya aku xtakada pengalaman yang lama dengan brand HP.
Comments