image credit to blog.shopup.com
**Bacaan ini tidak sesuai untuk amatur perniagaan online. Terima kasih.
Tahu tentang komputer dan tahu menggunakan internet adalah 2
perkara yang berbeza. Tahu internet, ya semua orang tahu internet. Tetapi memaksimakan
sebaik mungkin kegunaan internet yang dapat dimanfaatkan untuk kehidupan kita,
berjayakah kita?
Hidup dikelilingi computer dan IT tidak bermaksud tahu segala-galanya
tentang dunia komputer dan pemasaran di internet.
Internet, segala maklumat berada di hujung jari dan depan
mata. Sumber maklumat yang terlalu banyak di internet menyukarkan bagi pengguna
internet yang baru hendak berjinak-jinak memulakan perniagaan di internet.
Betapa ramai yang mengatakan mudahnya menjana duit di internet, tapi sejauh
mana kepayahan untuk mendapatkan setiap sen dari internet itu tidak di paparkan
umum.
Berniaga di internet memang mudah jika anda :
Point
nombor 1 : Adalah orang yang telah memang diketahui umum- seperti insan
yang ada nama. Contohnya artis. Artis tidak perlu buat teknik pemasaran yang
susah kerana nama mereka telah dikenali. Telah mempunyai kelompok peminat
sendiri. Kalau jual pen sebatang yang dijenamakan dengan nama artis itu sendiri
pun mesti laku. Hanya perlu buat marketing secara tetap saja untuk kekal terus
produk mendapat tempat di pasaran.
Point nombor 2 : Ada ramai kawan dan
pelanggan yang telah membeli barang secara offline
Point nombor 3 : Memang ada rangkaian kawan
dan perniagaan offline yang telah kukuh
Baca ayat yang ini juga:
Perniagaan internet
memang mudah TETAPI anda harus mencari ilmu dan guru pemasaran.
Maklumat yang berlambak dari internet juga meletihkan jika
seseorang itu baru hendak mencuba berniaga secara online. Ya, lebih baik buka
meja di pasar malam, dapat juga jualan walaupun RM 1.
Kepayahan bagi yang hendak memulakan perniagaan internet ini
tidak banyak di ceritakan dan di war warkan. Kisah yang indah sahaja yang
dipaparkan di internet dan media massa. Dalam hal ini strategi pemasaran adalah
sangat penting bagi yang baru hendak memulakan perniagaan di internet. Yang
penting carilah ilmu dalam apa juga perkara yang kita hendak lakukan. Carilah ilmu
dan banyakkan membaca walaupun sehingga mata naik lebam kerana untuk berjaya
bukanlah semudah menanti mee goreng mamak sampai dimeja makan.
Mulakan dengan “Bagaimana memasarkan produk di internet atau
Bagaimana menjual menggunakan platform media social atau How to market your
product online”
Pelajarilah ilmu bagaimana memasarkan produk di facebook, Instagram,
blog dan banyak lagi platform media social yang sangat banyak tumbuh seperti
cendawan selepas hujan. Cubalah berusaha sekiranya anda gagal kerana dari usaha
dan kegagalan anda itu anda tahu bagaimana untuk perbaiki serta janganlah
berputus asa untuk mencuba. Jangan lakukan kesilapan sama, usaha perbaiki
kelemahan.
Sekian, dari saya makhluk Allah yang baru belajar
teknik memasarkan produk di internet.
Comments