courtesy image : thekopiwrite
Dulu masa zaman kanak-kanak tak sabar nak dewasa, nak cepat masa berlalu. Kalau hari Isnin bermula, dah sibuk tengok jadual sekolah dengan calendar. Bila nak sampai hari Jumaat. Sekarang bila dah sampai tahap yang diidamkan masa zaman kecil dulu rasa macam nak patah balik je ke zaman tu. Ada setengah manusia dah ada kerja, dah ada kehidupan tapi masih tak bersyukur. Acah-acah malas nak buat kerja, acah-acah nak ambik MC. Tapi cukup bulan ambik gaji! Manusia macam admin ni memang tak pernah berpuas hati dan merasa cukup.
Zaman teknologi ni, setiap kali masuk minggu baru, permulaan hari Isnin, mulalah keluar mood, MONDAY Blues. Hmm tapi bagi setengah-setengah orang MONDAY BLUES kau tu tak kenal hari apa pun. Mungkin semangatnya hilang untuk bekerja, mungkin perasaan kacau, hati tak tenteram, banyak perkara nak di setelkan. Yang pasti, admin rasa admin tak dengar tazkirah banyak hari, hati mati dah ni, argh kena sedar diri plus minus gosip artis kat internet, banyak membaca perkara lagho dalam hidup setiap saat bernafas ni, eh HELLO kau bernafas tu tak bayar pun kat Allah SWT tau.
Kurang bersyukur nikmat memang jadi macam ni.
So macammana admin nak selalu bersemangat ye? Sibukkan diri dengan hal dunia kah?
Yang pasti admin kena dengar tazkirah kematian setiap hari oleh Ustaz Ahmad Dusuki ni, Dan kena jadikan diri sibuk dengan kerja yang berfaedah. Sekarang trending hashtag bagai #positivevibes.
Macammana nak trendingkan #positivevibes dalam diri kita ya?
PPERTAMA : Ingat mati
KEDUA : Ingat ALLAH sedang memerhati. Malaikat Rakib dan Atid sedang buat kerja mereka juga tentang apa yang kita lakukan.
KETIGA : Jangan keterlaluan layan lagu, artis, gossippers mak jemah banyak-banyak. Banyak tengok drama. Mati hati.
KEEMPAT : Istighfar selalu. Menghapus titik hitam dalam hati.
KELIMA : Jangan hidup dalam kelam kabut. Keep calm kata orang putih.
Sekian, Wassalam.
Comments