Aku paste artikel yang aku baca dari internet... PEMAKANAN BIJAK UNTUK GIGI SIHAT MAKANAN bergula tidak semestinya berkaitan dengan kaviti. Persoalannya adalah, berapa ramaikah di antara kita yang mengamalkan kebersihan oral sebaik sahaja kita makan gula-gula, kek dan coklat? Berbeza dengan kesihatan badan, ramai rakyat Malaysia tidak mengendahkan kepentingan mencapai dan mengekalkan kesihatan gigi yang terbaik. Tanpa disedari, hampir setiap hari kita makan makanan yang bergula, yang mengandungi sukrosa dan fruktosa. Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa kebanyakan rakyat Malaysia makan lebih kurang 24 sudu kecil gula setiap hari berbanding dengan kuantiti yang sepatutnya iaitu hanya 50 gram (g) atau 10 sudu kecil gula*. Statistik juga menunjukkan bahawa sembilan daripada 10 rakyat Malaysia mempunyai masalah gigi**. Kesan gula terhadap gigi Bakteria ataupun kuman lutsinar sentiasa bergelumang di dalam mulut kita. Biarpun gigi anda berasa bersih, bakteria yang tidak terkira jumlahnya ...
I'm Blogging about computer, beauty, health and fashion also anything that comes to my mind. Loves fashion. Contains information for women. Works around man, involved technology and information technology everyday.