Tulisan ini hanya berdasarkan pendapat saya sendiri mengenai insurans kesihatan. Pendapat yang saya kira mewakili golongan berpendapatan pertengahan , kerana saya tergolong didalam kumpulan itu. Tidak semua orang di Malaysia mampu memiliki insurance kesihatan, tambahan pula kemudahan kesihatan di hospital dan klinik-klinik kerajaan telah dinaiktaraf dan bertambah baik. Itu saya akui. Bagi golongan berkemampuan adalah tidak mustahil mereka boleh memilik insurans dengan kadar bayaran mampu milik mereka setiap bulan ataupun melalui bayaran tahunan kepada insurans kesihatan tersebut. Saya sekeluarga memang memiliki insurance kesihatan Prudential BSNTakaful. Dan setiap bulan kami menjelaskan bayaran hampir RM 600 untuk perlindungan insurans yang merangkumi 5 orang untuk kami sekeluarga(++3 orang anak). Saya boleh mengatakan ada bagusnya memiliki insurance kesihatan ini, namun ada juga yang kurang memuaskan hati. Semua insurans kesihatan mengatakan pelanggan boleh mendapat tuntut...
I'm Blogging about computer, beauty, health and fashion also anything that comes to my mind. Loves fashion. Contains information for women. Works around man, involved technology and information technology everyday.