Skip to main content

Bagaimana memilih membeli karpet

Berbagai jenis pilihan karpet di kedai memang membuatkan kita jadi rambang mata. Fokus utama jika hendak membeli karpet adalah fikirkan kawasan yang hendak menempatkan karpet yang di beli. Contohnya di ruang tamu, ruang keluarga, dalam bilik tidur, bilik bacaan dan sebagainya. Tips di bawah boleh digunakan semasa membuat pilihan membeli karpet.

Fikirkan fungsi kawasan yang hendak diletakkan karpet

  1. Karpet di bilik tidur lebih sesuai corak mewah dan lembut.
  2. Ruang tamu dan ruang keluarga boleh gunakan karpet berkualiti tinggi.
  3. Ruang makan pula pilih karpet yang mudah di bersihkan.

Pastikan selamat
  1. Karpet yang di buat daripada bahan "wool", jerami dan bahan organik sesuai untuk yang menghadapi masalah kesihatan contohnya seperti penghidap asma.
  2. Pilih karpet yang tidak menggunakan bahan pewarna atau pewarna organik bagi mengelakkan pembiakan bakteria dan haiwan lain.

Warna yang sesuai
  1. Pilih warna karpet yang terang agar ruang kelihatan luas. Warna gelap seperti merah dapat membuatkan ruang yang besar kelihatan elegan.
  2. Warna biru atau hijau untuk suasana dingin dan santai.

Polos atau bermotif
  1. Karpet bermotif boleh melindungi kotoran kecil dari pandangan mata dan dapat menjadi titik fokus yang baik.
  2. Pilih karpet yang polos berwarna terang jika ingin menonjolkan bahagian lain.

Tentukan jenis dan gaya

  1. Karpet yang tahan lama adalah jenis karpet yang ditenun dengan ketat dan ada jahitan dan juraian lebih per inci persegi.
Artikel diolah daripada majalah minguan wanita Bil 1537

Popular posts from this blog

kenapa display LCD Projector warna kuning

Paparan (display) LCD Projector yang berwarna kuning menyakitkan mata jika dilihat dengan jangka masa yang lama. Tambahan pula, ia digunakan ketika seminar, mesyuarat ataupun presentation syarikat menambahkan ketidaksempurnaan semasa perkara agenda sedang berlangsung. Kebiasaannya, display yang berwarna kuning ini disebabkan kabel vga ataupun bulp(lampu) lcd projector itu sendiri. Meskipun kabel vga adalah baru, cara lain adalah cuba tukar kepada kabel vga yang lain. Dan jika display masih berwarna kuning, cubalah tukarkan bulp lcd projector ataupun lakukan sedikit penyelenggaraan pada lcd projector tersebut. Bulp lcd projector  adalah mengikut kepada jenis model lcd yang digunakan. Dapatkan orang yang kompeten untuk menukar bulp ini.

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai