Skip to main content

Posts

Kenanga City

Fesyen-fesyen tudung wanita zaman sekarang begitu moden. Pelbagai gaya dan corak di reka untuk memenuhi permintaan fesyen wanita zaman sekarang. Memang sedia maklum kaum wanita sukakan kecantikan, saya juga begitu.  Baru-baru ini saya berkunjung ke Kenanga City.. Klik di sini untuk melihat apakah Kenanga City . Sepanjang perjalanan saya daripada Stesen LRT Hang Tuah, memang begitu banyak sekali kedai pemborong pakaian. Boleh dikatakan sekeliling kawasan Kenanga City tersebut adalah kedai pemborong pakaian.  Sebaik sahaja kaki memasuki Kompleks Kenanga, juga pemandangan yang dipenuhi dengan kedai pemborong pakaian sahaja. Saya tidak bertanyakan harga pakaian di setiap kedai cuma sekadar membuat tinjuan untuk kunjungan pertama.  Kalau di ikutkan memang rasa nak memborong tu ada dalam hati, tapi rasanya untuk kunjungan yang pertama ini lebih baik sekadar buat tinjauan harga. Saya ada bertanyakan kepada beberapa pengunjung wanita yang di lihat telah membeli-bela...

Hiasan Hari Raya di vantage.com.my

Hari raya akan datang ni mesti kaum ibu dah sibuk fikir hiasan atau aksesori tambahan untuk rumah nanti kan? Masa nilah sibuk membelek katalog-katalog kawan-kawan, rujuk internet dan survey barang-barang kat kedai. Maklumlah nak sambut raya, semua kena fikir...kuih raya, hiasan rumah, kelengkapan keluarga lagi...pendek kata tugas seorang ibu merancang dan melaksana dengan dibantu oleh si ayah. Untuk yang sukakan hiasan english style, di sini saya cadangkan satu laman web untuk Ibu-ibu dan kaum wanita, laman web vantage.com.my sebagai rujukan dan panduan sedikit idea hiasan rumah untuk hari raya yang bakal menjelang tiba nanti. Karpet ni saya suka coraknya   Mungkin boleh tukar langsir tahun ni dengan corak yang sebegini atau corak langsir yang begini set hidangan untuk tetamu...cantik. Gambar kredit kepada vantage.com.my 

Berkongsi kisah Tupperware

Diawal-awal kemunculan produk Tupperware satu masa dulu, saya tak ambil kisah sangat sebab pada saya semua produk yang berasaskan MLM ni..sama saja. Sehinggalah saya menghadapi masalah untuk menyimpan susu tepung anak kecil yang hendak dihantar ke Taska. Tentu ada yang bertanya kenapa tak beli susu dalam tong saja kan? Kadang-kadang saya akan beli dalam tong   dan kadang-kadang dalam plastic..mengikut keadaan tapi satu faktor yang jelas..penjimatan harga susu. Dari segi pembungkusan adakala harga susu dalam tong lebih sikit dari harga susu dalam berbungkus plastik. Berbalik kepada kisah Tupperware, sehingalah saya mengetahui  j iran sebelah rumah saya adalah ahli atau consultant produk Tupperware. Pengalaman pertama menggunakan memang puas hati, dan seterusnya saya gunakan Tupperware tersebut untuk mengisi keropok dan biskut anak-anak.   Memang produk Tupperware produk yang kedap udara. Saya sehinggakini masih menggunakan produk Tupperware..dan meskipun harganya...

Suka Produk English Style?

Hiasan rumah ala2 english style memang menjadi kegilaan kaum wanita di luar sana. Baru-baru ini saya berkunjung ke kedai yang menjual produk-produk berkaitan   English Stlye ni di Parit Buntar. Harga boleh tahan..tak terlalu mahal. Bagi kaum wanita atau suami yang memahami hobi   isteri mereka, jika hendak melihat produk tersebut bolehlah berkunjung ke Stesen Bas Parit Buntar..kedai tesebut tidak jauh dari kawasan tersebut. Mari lihat sebahagian gambar yang saya sempat rakamkan untuk tatapan.

Tukang Jahit Wanita di Parit Buntar

Dalam masa tidak kurang daripada 2 bulan lagi kita akan menyambut Hari Raya. Ok hari raya, puasa ada yang dah berganti ke? Untuk wanita sekitar kawasan Parit Buntar, Perak yang ingin menempah pakaian untuk hari raya, saya boleh cadangkan tukang jahit wanita di Parit Buntar. Pertama adalah seorang tukang jahit wanita melayu yang telah saya kenali sejak 8 tahun dulu. Kedai tukang jahit ini terletak di Stesen Bas Parit Buntar, Perak bersebelahan kedai tukang kasut. Pengalaman saya menjadi pelanggan wanita ini adalah bila saya mengupah pakaian untuk nikah pada 8 tahun dulu. Dengan jahitan dan sulaman yang kemas, pakaian tersebut masih boleh digunakan oleh adik saya untuk dinner kolej dia 2 bulan lepas. Harga tidak terlalu mahal. Kedua adalah seorang tukang jahit wanita Cina yang berlokasi di Pekan Lama, Parit Buntar iaitu Tukang Jahit CP. Saya pernah mengupah untuk menjahit pakaian seragam . Jahitan adalah kemas dan cantik. Harganya juga berpatutan. Ketiga adalah tukang jahit...

Dapatkan wang daripada isi rumah

Tak ramai yang suka menyimpan botol2 minuman plastik, kertas2 dan kotak2 daripada barang-barang didalam rumah kita. Saya tahu sebabnya adalah semak dan tiada tempat bukan? Sebenarnya kita boleh menukar botol plastic, kertas atau kotak tersebut kepada wang. Walaupun tak banyak tapi ia mampu menyumbang kepada tabung simpanan keluarga. Ia dapat menyumbang sekitar RM100 setahun untuk tabungan keluarga. Contohnya, harga pasaran bahan terbuang disekitar Parit Buntar, Perak, untuk sekilo botol plastik =RM 0.80 sen. Botol plastik tersebut boleh didapati daripada botol2   sabun, botol2 shampoo, botol minuman, botol minyak masak, botol  ubat, botol air berkarbonat, plastik2 tupperware yang pecah atau rosak dan lain-lain yang boleh difikirkan. Manakala untuk kertas dan kotak pula sekilo = RM0.25 sen. Kotak boleh disimpan melalui setiap barang2 yang boleh didapati dari dapur kita contoh, kotak2 milo, kotak susu anak-anak, kotak cococrunch, kotak ubat dan lan-lain l...

Kain murah di pasar kemboja Parit Buntar

Gambar-gambar sekitar pasar kemboja di Parit Buntar.... Klik sini untuk artikel kain murah di Parit Buntar, Perak .