Skip to main content

Posts

Tips-tips memenangi peraduan di Malaysia

Saya seorang yang sukakan peraduan. Jujurnya of course saya mengharap untuk menang dalam setiap peraduan. Namun sehingga entri ini ditulis, hanya satu peraduan sahaja yang saya baru menang. MENTOS . Hadiahnya adalah voucher KFC bernilai RM10. At least merasa juga menang hadiah peraduan than nothing kan? Syukur Alhamdulillah. Saya mencari reliable sources di internet dan terjumpa tentang cara untuk menang peraduan dari peraduanmalaysia.blogspot Mari kita lihat mengenai entri yang ditulis, Semoga pembaca akan mendapat sedikit tips dari artikel tersebut. 3 ciri asas peraduan yang boleh anda juarai

MOTIVASI BLOGGING – DUIT HASIL BLOGGING? MITOS ATAU FAKTA?

Penat mencari idea menulis blog? Tapi masih tiada hasil? Tidak mengapa, mari kita berusaha lagi mencari ilmu mengenai blog. Ikhlaskan hati kita memotivasikan diri sendiri dengan membaca tulisan yang dipetik daripada MajalahNiaga Edisi 27 tulisan oleh Hasbul Aqil. Semoga kita semua mendapat sedikit ilmu dan dapat meneguhkan semangat untuk terus berblog setelah membaca artikel ini. Jual blog bernilai RM150,000…Mitos atau Kebetulan? Chris adalah pemilik blog The traffic blogger. Beliau juga pemberi kejutan dan penghapus mitos dalam dunia blogging. Kami agak terkejut dengan artikel yang disampaikan melalui ruangan guest blogging di blog Daren Rowse, yakni Problogger.net.Menurut artikel yang ditulis, Chris mendakwa beliau telah berjaya menjual sebuah blog dengan harga RM 150 000 ,iaitu USD50 000. Apa yang lebih menarik blog itu hanya menggunalkan platform blogspot. Tidak cukup dengan itu, lebih mengejutkan individu yang membeli blog beliau dengan jumlah 5 angka itu ad...

Panduan Menampilkan Ketrampilan Diri

Khusus untuk wanita. Rujukan bacaan yang berada dalam simpanan saya. Semoga pembaca mendapat manfaat catatan yang saya perolehi dari sumber di internet. 1.0 PENGENALAN Ketrampilan diri bermaksud kecekapan, kemampunan dan kecekatan seseorang individu yang tinggi dalam mengurus atau melaksanakan sesuatu, menyelesaikan masalah dan sebagainya. Personaliti, penampilan, komunikasi, etika kerja dan sebagainya adalah adalah kriteria yang dapat mencerminkan ketrampilan diri seseorang. 2.0 KRITERIA KETRAMPILAN DIRI 2.1 PERSONALITI Personaliti bermaksud keperibadian dan perwatakan. Setiap individu mempunyai personaliti yang digambarkan melalui keperibadian dan perwatakannya. Kedua-dua unsur ini mempunyai pertalian yang rapat dan berupaya meningkatkan personaliti seseorang. 2.2 PENAMPILAN Kajian oleh pakar-pakar psikologi mendapati, paras rupa, gerak-geri dan air muka sangat besar peranannya bagi meningkatkan daya pengaruh seseorang. Orang yang mempunyai penampil...

Pasar Kemboja Parit Buntar 2013

Baru-baru ini saya pergi ke Pasar Kemboja Parit Buntar. Sesak dengan oarang ramai yang hendak membeli kain baju ditambah dengan jalan yang sesak...rasa macam nak pengsan! Banyak pertambahan kedai-kedai baju, tudung , pakaian kanak-kanak dan telekung solat wanita. Ada satu kedai saja yang menjual keronsang di situ. Di Pasar Kemboja kedai-kedai makan untuk melepak-lepak minum sambil tunggu anak isteri shopping sangat kurang. Sebab utama adalah orang yang pergi ke Pasar Kemboja memang nak shopping kain baju. Di Pasar Kemboja anda harus pandai tawar menawar. Silap hari bulan anda boleh dapat harga yang jauh rendah dari pasaraya, tetapi barang adalah sama. Jadi kemahiran menawar adalah diperlukan .:-) Dan kalau boleh janganlah bawak anak-anak atau baby  sebab keadaan di situ memang sesak dan udaranya tak bagus untuk budak-budak kecik. Dan yang terbaru ini, saya pergi lagi untuk membeli pakaian anak. Kebetulan cuti umum, memang jalan teramat sesak dengan kenderaan dan orang pun...

Corak Langsir raya 2013

Masih lagi kisah persiapan menjelang hari raya. Kaum wanita mesti sibuk sekarang ini memikirkan tentang persiapan untuk hari raya nanti. Semua hal nak di fikirkan, pinggan mangkuk, kuih raya, baju raya(sudah tentu!), langsir baru, perabot ataupun karpet baru untuk raya ini kan! Saya faham bukan niat kita untuk menunjuk tapi ia lebih kepada persediaan kita untuk menyambut tetamu yang datang ke rumah bukan? Untuk hari raya ini, saya sedang meninjau-ninjau rekaan dan corak langsir yang terkini untuk tahun 2013. Sebenarnya nak cuci mata dulu ...bila dah puas cuci mata mungkin boleh buat keputusan nak tukar langsir. InsyaAllah...jika ada rezeki kan! Saya suka design langsir yang ada di website Ikea. Tak semestinya saya kata langsir di Ikea cantik anda akan suka. Apa pun mari kita sama-sama tinjau untuk idea hari raya nanti. Dan ini pula langsir yang saya dapat melalui laman web decorationtrendy. Mari kita lihat sama-sama untuk idea raya nanti. ...

Bekas Kuih Raya Tahun 2013

Masih lagi cerita tentang persiapan raya. Kali mengenai balang kuih raya pulak. Kita semua tahu berbagai-bagai balang kuih raya ada di pasaran sekarang ni. Bergantung kepada pilihan masing-masing. Saya berkesempatan snap gambar bekas kuih raya baru-baru ini. Tapi cuma bekas kuih raya yang murah-murah sahaja. Jom tengok gambar yang saya ambil baru-baru ini. Kalau rasa macam balang biskut kering tu anggap sajalah itu bekas kuih raya.hehehe

Resipi Biskut Raya yang mudah

Tahun ini saya berazam untuk membuat biskut sendiri. Dengan harapan semoga semua akan dipermudahkan oleh-NYA, InsyaAllah. Setelah membelek-belek buku resipi didalam kotak :-), saya mempunyai senarai biskut yang hendak di buat nanti. Saya pilih resipi yang mudah sahaja, senang untuk di buat dan sedap. Hmm.. sedaplah hendaknya. Ok, di sini adalah senarai biskut yang pada saya mudah untuk di buat. Mudah dari segi senang mencari bahan dan senang untuk di buat. Biskut Mutiara Merah Biskut Cornflakes Biskut Sarang Semut Biskut Tat Nenas Popia Nestum Biskut Kopi Kepada anda yang sedang mencari resepi-resipi yang mudah untuk membuat biskut, boleh kunjungi blog Hanieliza dan Mat Gebu . Semoga anda akan mendapat idea untuk membuat biskut hari raya tahun ini. Selamat mencuba!