Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2010

Kenapa doktor bedah pakai baju hijau?

Selalu kita tengok doktor bedah bedah orang ni pakai baju warna hijau kan? Pernah terfikir tak kenapa? Sebelum ni memang saya tak terlintas di fikiran pun kenapa doktor bedah ni pakai baju bedah warna hijau. Ok ini jawapannya. Sebelum2 ni memang doktor doktr bedah pakai baju warna putih macam yang kita Nampak kat hospital tu. Tak taulah siapa nama doktor ni, ada seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih denghan warna hijau kerana menurutnya warna hijau adalah warna yang sejuk pada mata kita. Lagipun warna hijau adalah warna yang berlawanan dengan merah. Kenapa warna merah disebut disini? Kerana semasa pembedahan dan semasa dalam ruang pembedahan, mata ahli bedah tidak akan dapat dapat lari dari melihat benda-benda yang berwarna merah, antaranya organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika di bedah. Jika mata doktor doktor bedah tersebut terus menerus berfokus kepada warna merah akan menyebabkan signal warna merah di otak memudar sensitivity terhadap warna selain

Bayi pertama Baby Hatch

New Strait Times pagi ni menyiarkan gambar bayi pertama yang diletakkan di pusat penjagaan ORPHAN CARE yang telah dirasmikan oleh Menteri Pembangunan dan Wanita iaitu Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Bayi lelaki 2.7 kg masih tidak diberi nama ini di letakkan oleh pasangan yang masih belum berkahwin lagi ni di pusat jagaan sementara tersebut, sementara pasangan terbabit di beri masa seminggu atau dua minggu untuk memikirkan semula sama ada mereka akan mengambil bayi ini semula atau meletakkan bayi in terus di pusat jagaan ini. Kesian kan.....tapi sekurang2nya pasangan ni ada otak yang waras sikit untuk tidak meletakkan bayi ni di tempat buangan sampah atau tepi2 jalan atau di depan rumah orang atau di masjid atau di tandas2. Semoga Allah memberikan akal yang waras dan hidayah kepada pasangan ini dalam membuat keputusan. Wassalam Link : berita harian online new straits time

Dunyahalal.com Web

Laman web ni banyak member info yang bermanfaat. Banyak ilmu dari segi keluarga, sukan, ekonomi, medic dan keagamaan. Pendek kata urusan untuk bejual beli pun ada disini. Terdapat juga panduan waktu solat, serta petua2 yang kita boleh aplikasikan dalam kehidupan seharian. Terdapat bacaan kemasyarakatan dan isu semasa yang di kupas di melalui laman web ini. Selamat melayari laman web dunyahalal.com !

Cantik tapi bahaya

Rafflesia. Rasanya semua orang tahu bunga ni macammana rupanya kan? Bunga yang cantik tapi rupa-rupanya mengikut kajian yang di lakukan oleh pelajar sarjana Khairunnadwa Jemon (di bawah seliaan Dr Nazlina Ibrahim dari pusat pengajian Biosains dan Bioteknologi,UKM), sesiapa yang mengamalkan perubatan tradisional menggunakan bunga tradisional ini boleh mengakibatkan dan menyebabkan kesan serius ke atas hati dan limpa. Tak apalah, kalau tak boleh jadi salah satu alternative perubatan, kita jadikan ia sebagai salah satu saya tarikan untuk flora di nursery ye. Klik sini untuk lebih lanjut

Belajar teknik2 image menggunakan Adobe Photoshop versi 6.0

Kepada pengguna baru perisian Adobe Photoshop, majalah ni bolehlah di jadikan rujukan untuk anda semua. Majalah diberikan tajuk “Teknik Kreatif Photoshop” terbitan karangkraf. Bolehlah kalau nak di buat rujukan. Saya sendiri pun gunakan ia sebagai rujukan, tapi tak seterer mana pun...hehehe. Harganya adalah RM10.00. Boleh didapati di kedai-kedai buku atau majalah. Lihat gambar untuk lebih jelas.

Memilih perniagaan di internet

Masalah utama selain tiada pengetahuan membina laman web perniagaan di Internet adalah produk dan perkhidmatan apa yang ingin diniagakan. Seringkali anda menjadi buntu memikirkan hal ini. Persoalan sering timbul, apakah perniagaan yang ingin diniagakan di Internet? Anda mestilah berniaga mengikut perkara-perkara di bawah ini. Minat Perniagaan produk di Internet yang berjaya adalah perniagaan minat anda. Tidak faham? Jualkan minat anda kepada orang ramai dan anda akan berjaya berniaga di Internet. Masih tidak faham? Perniagaan yang berasaskan kepada minat anda akan membuatkan anda tidak bosan dengan perniagaan anda. Anda tidak akan rasa tertekan kerana anda menjual apa yang anda minat. Jika anda minat menulis, jadikan menulis sebagai peniagaan untuk anda. Tulislah pelbagai cerita menarik dan jadikan E-Book dan pasarkannya di dalam perniagaan Internet anda. Jika ia tidak menguntung, anda masih merasa gembira dan senang hati kerana menulis menjadi minat anda. Menarik bukan? Kebolehan Kebo

Kelip Kelip di Nibong Tebal

Salah satu tarikan di Nibong Tebal, Fireflies. Pengunjung cuma boleh datang dan tengok kelip2 ni dekta2 waktu petang sahaja. Kalau rajin, datanglah, tapi sebelum tu, telefon dulu untuk confirm dengan pemilik fireflies kat nibong tebal ni. Saya sendiri pun sebenarnya tak berkesempatan nak melawat lagi...yelah..time maghrib2 nak bawak anak kecik pulak? baiklah duduk kat rumah. Beberapa keping gambar kat bawah adalah gambar yang diambil pada waktu tengah hari di sekitar kawasan ni. Nak datang waktu petang, sibuklah pulak dengan anak2. Dari pekan Nibong Tebal Signboard fireflies menyambut pengunjung yang datang Kawasan parking dan tempat menunggu disediakan untuk pengunjung kawasan parking yang luas Papan tanda fireflies di tepi jalan

Kelebihan perniagaan melalui internet

Sememangnya banyak kelebihan perniagaan di internet berbanding perniagaan konvensional. Antaranya adalah: Perniagaan anda tanpa sempadan Di Internet, anda meletakkan perniagaan anda tanpa sempadan. Perniagaan anda boleh dikunjungi dan diketahui oleh sesiapa sahaja walau di mana mereka berada di dunia ini. Anda meletakkan perniagaan anda bersaing dengan perniagaan-perniagaan hebat di Internet. Yang penting di Internet adalah promosi. Siapa yang hebat promosi, dialah dapat mengaut keuntungan yang lebih. Promosi di Internet bukanlah masalah besar. Letakkan gambar produk anda juga merupakan satu promosi. Mudah sahaja bukan?? Perniagaan Tanpa Had Masa Perniagaan di Internet bermakna anda MEMBUKA KOMPLEK MEMBELI BELAH ANDA 24 JAM SEHARI, 7 HARI SEMINGGU DAN 365 HARI SETAHUN tanpa kos tambahan. Mewujudkan Jaringan Perniagaan Tanpa Had Di Internet, jumlah jaringan perniagaan anda adalah tanpa had. Anda boleh menghubungkan berapa banyak yang anda suka dengan perniagaan lain dengan mudah dengan

Renunglah ciptaan Allah

Hati memacu akal untuk merenung nikmat-nikmat yang Allah berikan. Supaya kita tidak jadi lalai. Lalai itu menjadi penyebab seseorang itu tidak bertakwa kepada Allah Taala. Ada orang yang tidak menggunakan akal tapi menggunakan nur iman yang tersemat dalam hati untuk merenung ciptaan Allah. Anak saya kerap bertanya, ummi: kat mana Allah tu? Apa jawapan saya? Untunglah ada membaca baca jugak pasal soalan2 killer yang kerap di tanya oleh anak sepanjang pembesaran mereka Jawapan saya: sekarang ni patin bernafas tak? Patin: Bernafas Ummi: okey, kita bernafas kan?patin percaya tak kita bernafas ni? Patin: percaya... Ummi: tunjukkan ummi kat ummi mana nafas yang kita tengah bernafas ni.... Patin: tak Nampak... Ummi: macam tu jugaklah dengan Allah...Allah ada kat mana2 ok. Patin: ooooo..... Lepas tu, esok lusa kalau anak tu teringat dia akan bertanya lagi......phewww

Internet: Cabang perniagaan

Kalau tulis pasal perniagaan di internet, confirm semua orang tahu. Tapi tahu tak betapa sukar nak jalankan perniagaan di internet ni? Memanglah dari sumber-sumber bacaan yang berlambak lambak ni....wah...hasilnya hebat, menguntungkan. Tapi adatlah kan....apa2 perkara pun...kalau tak susah dahulu macammana nak senang kemudian hari kan? Macam tu lah jugak pepatah kalau tak di pecahkan ruyung manakan nak dapat sagunya. Sebenarnya...bagi orang yang tak terlibat dengan perniagaan, mudah bercakap...”dah berniaga lama mesti dah kaya”. Mentaliti orang kita ni, bukan semua orang ye.....dan tidak dikhususkan kepada sesiapa..mentaliti pemikiran manusia ni....hari ni bukak bisnes, esok dah untung. Mana boleh kan?....Kalau ada pun susah lah nak dapat kalau for the first beginner business. Tak pun kalau background family kaya raya, bolehlah...hari ni bukak business ...esok kaya. Banyak kena belajar kalau nak buka perniagaan internet. Tapi...tak dinafikan internet memang sumber ilmu yang tiada bat

Idea untuk brochure yang menarik

Salah satu dari hasil pembacaan aku mengenai brochure adalah....Kalau inginkan hasil yang menarik untuk brochure kita, perkara berikut harus dititik beratkan. Gambar yang “HIDUP”(LIVE) Gunakan gambar yang “Live” dan menarik, serta menonjol bagi produk yang ingin kita paparkan di brochure. Jika perlu gunakan perkhidmatan jurugambar professional untuk mengambil gambar. Ayat Kreatif Kreatifkan ayat-ayat yang hendak di gunakan dalam brochure kita. Ingat! Perkataan yang kreatif dan menarik boleh menghasilkan jualan yang baik buat kita. Perkataan yang menarik dan berkesan akan meninggalkan kesan kepada pengguna yang membacanya. Saiz dan Bentuk tulisan Saiz kecil atau besarnya tulisan mestilah diletakkan di tempat HEADING dan SUBHEADING yang betul. Selalunya HEADING menggunakan saiz tulisan yang agak besar berbanding SUBHEADING, dan tulisan untuk HEADING haruslah menarik mata pembaca...Menarik ye tuan2 puan2...bukannya tulisan menarik tapi “menyemak”! Saiz brochure Brochure yang dihasilkan ju

Editor gambar

Seriously aku dah guna online photo editor ni. Korang boleh buat macam2lah dalam tu....korang boleh resize, adjust warna, buat frame, vignette, macam2 lagilah...inilah online photo editor yang aku dah guna tu... http://www.picnik.com/ http://fotoflexer.com/ Apa kata korang semua cuba try test tengok...serasi tak dengan korang software ni.

Jambatan Pulau Pinang: Extra picture

Seperti mana nama tajuk yang aku tulis ni...jeng jeng jeng....aku upload gambar jambatan pulau pinang lagi....heheheehe

Warna dalam penghasilan brochure

Salam sejahtera semua. Aku cuba cari masa dan kerah semangat menulis aku balik...api(tapi actually)..... sorry to say aku gagal betul nak update blog...ya guys...idea tu ade, tapi aku macam tak der tenaga lah pulak nak menulis..apepun...aku tampilkan imej-imej seperti dibawah sebagai rujukan kita bersama dalam menghasilkan brochure. Harap membantu sedikit sebanyak kepada kawan2 yang belajar nak buat brochure. Good luck guys! ** kredit to website ni...aku lupalah nama web dia...