Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2013

Merlin Season 5 ; 2'nd week of January 2013

Merlin season 5 hampir sampai ke penghujungnya. Saya memang mengikuti siri Merlin daripada musim pertama sehingga ke-lima ini. Tertanya-tanya jugak apakah kesudahan kepada Siri Merlin ini. Sedutan episod minggu hadapan menceritakan bagaimana Merlin dapat ditewaskan oleh Morgana.  Siri pada minggu ini ialah rahsia Merlin telah terbongkar apabila Mordred berjumpa Morgana membocorkan rahsia siapakan Emyrs yang sebenarnya. Akhirnya Morgana mengetahui identiti Merlin yang sebenarnya ialah Emyrs. Mordred yang kecewa dengan hukuman yang dijatuhkan kepada bekas kekasihnya iaitu Kara, telah melepaskan dendamnya dengan bertemu Morgana. Terbongkar rahsia Merlin.  Bekas kekasih Mordred iaitu Kara cuba untuk membunuh Arthur tetapi tidak berjaya. Merlin memujuk Arthur supaya memberi keampunan kepada hukuman mati yang bakal Kara terima, tetapi Arthur enggan. Namun akhirnya Arthur menerima pendapat Merlin untuk memaafkan Kara, namun di balas dengan angkuh oleh Kara dengan mengatakan Arth

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat Tahun Baru 2013 Apakah azam tahun baru anda semua pada kali ini? Kaum wanita, mungkin nak kuruskan badan? Hehe...sebenarnya ini adalah azam saya untuk kuruskan badan. Sebenarnya bukan nak kurus, tetapi lebih kepada keselesaan membawa badan semasa berjalan. Tidak terlalu kurus, kerana pada pendapat saya seorang ibu yang usia semakin meningkat naik mungkin lebih elok jika badan " ada isi" sedikit. Tak di nafikan badan kurus cantik dan sesuai untuk pakaian saiz M atau S. Tetapi pada pandangan peribadi saya adalah lebih baik mengutamakan kesihatan diikuti dengan kurus sedikit itu adalah satu bonus jika berjaya mencapainya. Menulis mengenai nak kurus, saya mempunyai pengalaman dengan produk-produk menurunkan berat badan ini. Saya telah menggunakan produk yang harganya beratus ringgit tetapi tidak berkesan kepada saya. Produk yang murah pula mengakibatkan cirit birit pula . Saya telah berfikir dan melalui pembacaan saya dapati seeloknya jika kita menjaga pemakan