Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2012

Soy Collagen vs B'White..Harga vs Berkesan

Kaum wanita memang suka menjaga kecantikan. Lambakan produk-produk kecantikan di pasaran membantu kaum wanita membuat pilihan dari segi harga dan keberkesanan sesuatu produk. Informasi produk yang boleh didapati melalui majalah, internet, kawan-kawan ataupun medium penyebaran maklumat yang lain telah membantu kaum wanita dalam membuat pilihan dan perbandingan produk dengan produk yang lain. Once upon a time..saya menggunakan Soy Mirifica, tetapi rasanya yang agak manis membuatkan saya mencari info mengenai produk lain. Tambahan pula cara memakannya perlu di bancuh ia tidak sesuai untuk orang yang malas seperti saya. :-) Dari segi harga jika di bandingkan dengan produk-produk yang lain ia amat berpatutan untuk Soy Mirifica. Selepas itu saya mencuba pula Soy Collagen..tetapi ia tidak sesuai untuk saya dan kurang berkesan kepada diri saya. Dari segi harga Soy Collagen lebih murah dari B'White. Setelah mencari maklumat daripada pelbagai sumber, saya telah mencuba produk

Nak cuba buat biskut sendiri? Dimana kedai jual bahan biskut dan kek di Parit Buntar..

Menjelang hari raya akan datang ni..mungkin ada yang teringin mencuba membuat biskut dan kek sendiri. Saya sudah mencuba resepi biskut tat nenas daripada Chef Hanieliza..dan hasilnya memuaskan..walaupun pertama kali mencuba buat biskut. Teringin nak cuba buat biskut dan kek untuk hari raya nanti? Boleh cuba resepinya di link ini. Hanieliza's Cooking Masam Manis Ada 3 buah kedai di Parit Buntar yang menjual bahan - bahan untuk membuat biskut ini. Kedai yang menjual kek memang banyak. Untuk kedai yang menjual bahan biskut dan kek, saya list kedai  Asrul Azwan Bakery di Parit Buntar kerana kedai ini termasuk dalam laman web Perak Halal Direktori. kredit to blog :    http://www.perakhalal.com.my/Bakery.htm http://bakerykurnia.blogspot.com/ http://hanieliza.blogspot.com/ http://fromintankitchen.blogspot.com/ Kredit image to :   reviews.houseoffraser.co.uk

Where to eat? Parit Buntar..Nasik Lemak Che'gu

Zaman kecil-kecil dulu emak saya selalu buat nasik lemak untuk kami adik beradik.  Sampai sekarang pun kalau balik kampung mak masih buat jugak nasik lemak untuk kami, bergantung kepada permintaan. Nasik lemak akan sedap kalau nasik yang di masak memang terasa lemak santannya dan sambal yang umphh. Di Parit Buntar, ramai yang menjual nasik lemak..tetapi ada yang ingin saya kongsikan di sini adalah nasik lemak che’gu yang terletak berhadapan dengan Market Parit Buntar. Pelbagai pilihan sambal yang menyelerakan terdapat di nasik lemak che’gu. Selain daripada itu pilihan lauk pauk dan nasik putih juga terdapat di situ untuk mereka yang tidak menggemari nasik lemak.  Di buka sehingga jam 5.00 petang setiap hari kecuali Isnin. Bagi penggemar nasik lemak mungkin boleh mencuba keenakan nasik lemak di Nasik Lemak Che’gu.

"Selamat Hari Guru" Cikgu!

16 Mei, Hari Rabu akan diadakan sambutan Hari Guru di Sekolah anak saya, S.K. Kampong Kedah dan Tadika Anak Soleh. Si kakak tak teruja sangat untuk menyambuat Hari Guru, lain pula halnya dengan Si Adik Harun dan Adik Hassan.  "Esok ada jamuan Hari Guru" kata adik Harun.  "Mi..eshok Hali gulu" Adik Hassan pulak menyampuk. "Kakak nak beli hadiah tak kak? Untuk Cikgu2..."Saya menyoal kakak. "Bolehlah mi, kat kedai buku sekolah ada hadiah mi..boleh beli kat sekolah." "Tak bestlah kak, cikgu dah tau kakak beli kat kedai buku sekolah" "InsyaAllah petang esok kita pegi kedai sebelah Hari-Hari ye?" "ok." Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada cikgu-cikgu yang telah mengajar dan mendidik anak saya sehingga mereka boleh membaca dan menulis. Terima kasih kepada cikgu-cikgu di Sekolah Kebangsaan Kampong Kedah, dan KAFA usm serta Tadika Anak Soleh dan juga Cikgu Faridah yang telah mengajar Aritmetik kep

Pengalaman pertama di terjah ZHULIAN

Zhulian bukanlah satu nama baru bagi saya. Dalam 10 tahun yang lepas pun saya dah dengar kejayaan orang yang masuk Zhulian ni daripada rakan di tempat kerja. Cerita daripada orang-orang Zhulian ataupun MLM lain yang telah berjaya telah banyak saya dengar dan lihat. Tetapi sebenarnya di sebalik kesenangan tu bukanlah mudah contohnya masuk ahli hari ni minggu depan terus dapat kereta ataupun Diamond Level atapun level tertinggi yang lain.    Pada petang semalam saya telah di datangi oleh seorang jiran dan upline beliau. Awalnya saya tidak mengetahui tujuan kedatangannya malahan tidak menjangka sama sekali kedatangan tersebut bertujuan memperkenalkan Zhulian.  Saya sangat terkilan dan kecewa dengan cara Upline tersebut yang tidak memperkenalkan diri kepada saya..dan saya pun terlupa bertanyakan nama beliau. Sangat kecewa kerana dari cara beliau approach untuk menjadi ahli Zhulian nampak seperti kurang adab. Beliau tidak menghormati saya selaku tuan rumah. Sudahlah pertama kali berj
KLCC Disember 2011 Vistana Disember 2011