Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

Hiasan Hari Raya di vantage.com.my

Hari raya akan datang ni mesti kaum ibu dah sibuk fikir hiasan atau aksesori tambahan untuk rumah nanti kan? Masa nilah sibuk membelek katalog-katalog kawan-kawan, rujuk internet dan survey barang-barang kat kedai. Maklumlah nak sambut raya, semua kena fikir...kuih raya, hiasan rumah, kelengkapan keluarga lagi...pendek kata tugas seorang ibu merancang dan melaksana dengan dibantu oleh si ayah. Untuk yang sukakan hiasan english style, di sini saya cadangkan satu laman web untuk Ibu-ibu dan kaum wanita, laman web vantage.com.my sebagai rujukan dan panduan sedikit idea hiasan rumah untuk hari raya yang bakal menjelang tiba nanti. Karpet ni saya suka coraknya   Mungkin boleh tukar langsir tahun ni dengan corak yang sebegini atau corak langsir yang begini set hidangan untuk tetamu...cantik. Gambar kredit kepada vantage.com.my 

Berkongsi kisah Tupperware

Diawal-awal kemunculan produk Tupperware satu masa dulu, saya tak ambil kisah sangat sebab pada saya semua produk yang berasaskan MLM ni..sama saja. Sehinggalah saya menghadapi masalah untuk menyimpan susu tepung anak kecil yang hendak dihantar ke Taska. Tentu ada yang bertanya kenapa tak beli susu dalam tong saja kan? Kadang-kadang saya akan beli dalam tong   dan kadang-kadang dalam plastic..mengikut keadaan tapi satu faktor yang jelas..penjimatan harga susu. Dari segi pembungkusan adakala harga susu dalam tong lebih sikit dari harga susu dalam berbungkus plastik. Berbalik kepada kisah Tupperware, sehingalah saya mengetahui  j iran sebelah rumah saya adalah ahli atau consultant produk Tupperware. Pengalaman pertama menggunakan memang puas hati, dan seterusnya saya gunakan Tupperware tersebut untuk mengisi keropok dan biskut anak-anak.   Memang produk Tupperware produk yang kedap udara. Saya sehinggakini masih menggunakan produk Tupperware..dan meskipun harganya mahal..saya t

Suka Produk English Style?

Hiasan rumah ala2 english style memang menjadi kegilaan kaum wanita di luar sana. Baru-baru ini saya berkunjung ke kedai yang menjual produk-produk berkaitan   English Stlye ni di Parit Buntar. Harga boleh tahan..tak terlalu mahal. Bagi kaum wanita atau suami yang memahami hobi   isteri mereka, jika hendak melihat produk tersebut bolehlah berkunjung ke Stesen Bas Parit Buntar..kedai tesebut tidak jauh dari kawasan tersebut. Mari lihat sebahagian gambar yang saya sempat rakamkan untuk tatapan.

Tukang Jahit Wanita di Parit Buntar

Dalam masa tidak kurang daripada 2 bulan lagi kita akan menyambut Hari Raya. Ok hari raya, puasa ada yang dah berganti ke? Untuk wanita sekitar kawasan Parit Buntar, Perak yang ingin menempah pakaian untuk hari raya, saya boleh cadangkan tukang jahit wanita di Parit Buntar. Pertama adalah seorang tukang jahit wanita melayu yang telah saya kenali sejak 8 tahun dulu. Kedai tukang jahit ini terletak di Stesen Bas Parit Buntar, Perak bersebelahan kedai tukang kasut. Pengalaman saya menjadi pelanggan wanita ini adalah bila saya mengupah pakaian untuk nikah pada 8 tahun dulu. Dengan jahitan dan sulaman yang kemas, pakaian tersebut masih boleh digunakan oleh adik saya untuk dinner kolej dia 2 bulan lepas. Harga tidak terlalu mahal. Kedua adalah seorang tukang jahit wanita Cina yang berlokasi di Pekan Lama, Parit Buntar iaitu Tukang Jahit CP. Saya pernah mengupah untuk menjahit pakaian seragam . Jahitan adalah kemas dan cantik. Harganya juga berpatutan. Ketiga adalah tukang jahit