Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Panorama indah Sungai Sedim,Kedah

Sebenarnya this is my first time datang ke Sg Sedim ni. Kalau tak kerana di ajak oleh rakan sekerja, rasanya sampai bila pun kitorang takkan samapi lagi kat tempat ni.. Apa yang boleh di ekspressikan adalah.. " Tempat yang sangat indah..very hijau, damai, menenangkan..bunyi aliran air yang deras membuatkan fikiran sangat tenang..airnya yang sejuk..sangan nyaman".. cukuplah gambaran tu..nanti lebih2 karang boleh jadi sajak pulak ayat tu.. Perjalanan kitorang sekeluarga sangat singkat..sampai hampir jam 10.00 dan balik jam 12.00, pasal aper? Pasal Patin ada kelas Aritmetik jam 3.00 petang..kalau skip karang susah kat dia balik..tapi kalau tak ade Aritmetik pun kitorang memang akan balik awal..memang kitorang kalau berjalan ke mana2 tak boleh lama2..nanti ada saja yang tak kena dengan anak2lah..tak anak2..mak ayah nya pulak yang kadang2 hangin..sesungguhnya memang mencabar bila anak2 sedang membesar ni.. Apa Aritmetik? Hmm Saya pun tak berapa tahu..sebenarnya yang mon

Taman Burung, Seberang Jaya, Penang

Di Taman Burung ni ada bermacam2 jenis burung yang cantik2. Kawasan pun luas..imagine 5 ekar nak ronda tengok burung..penat jugak kan!Tapi memang totally lain..kalau pergi Zoo selalu tengok binatang dalam sangkar/kandang je kan..tapi di sini kita boleh pegang dan lihat dengan lebih dekat bermacam spesies burung yang cantik2. Memang eco friendly lah.. Tiket nak masuk pun hebat harganya. Kami sekeluarga pergi(5 orang total) =RM45.00. Opss ..bawak kamera kena cas jugak RM1.00.. untuk lebih lanjut klik disini.. Jom tengok gambar..

Air oh air

Kotor betul air dirumah saya ni..tak tahulah sama ada semua penduduk di Parit Buntar ni sama macam air di pili rumah saya  atau tidak pun tak pasti..tapi yang pastinya..pili yang telah diganti oleh ayah hari ni..dah membuktikan air tu menyumbang kepada masalah kesihatan kalau tak guna penapis air..macammana tu? Kalau setakat basuh baju tak apalah lagi..ni air tu nak digunakan untuk minum, memasak, buat susu harun dan Hassan, dan yang pastinya kitorang pun minum jugak dari pili yang sama. Memanglah saya gunakan penapis..tapi nampak gayanya penapis tu pun nak kena tukar dah..carik yang bagus sikit..kenalah melawat Ashita si pakar penapis air kat parit buntar ni.. patutlah piliku berkarat.. Jom tengok gambar dalam pili saya yang berkarat dan..hemm..tak tahu nak kata apa..

Soy Collagen..tapi beli Soy Mirifica pulak!

Baru 3 minggu percubaan minum Soy Mirifica ni. Minum pun tak konsisten..kejap minum kejap idak..Cuma kena continue lagilah kan kalau nak tahu result okey ke tak. Minum Soy Mirifica ni sama je macam minum air kacang soya. Mula2 nak minum tak lalu. Tapi sebab kenangkan dah berumur kan..kenalah ambik tahu produk2 kesihatan ni sikit..Untuk next pembelian, kena beli Soy Collagen rasa asli..pasal Soy Mirifica ni untuk ibu yang menyusukan baby tak boleh digalakkan minum..kesian Hassan..ummi dah terbeli..kenalah minum..hehehe.. Tagline dalam peket”Tampil cantik & menawan” tu lah yang buat berkobar2 je nak minum..cewah. Apa-apapun kena cuba lagi satu kotak..barulah boleh tahu result okey!Tunggu..

Pacific Playland Children, Seberang Jaya, Penang

Pegi Pacific ni sama macam pegi Billion kat Parit Buntar je..dengan perangai patin, harun dan hassan tu..hemm maklum je lah..lagi satu kalau bawak anak2 ni, semestinya kitorang kena bertolak awal2 pagi..karang ada yang menangis, begaduh, berebut tempat dalam kereta..setakat setengah jam tu oklah lagilah budak2 ni dalam kereta..kalau dah perjalanan berjam2..pening jugak ummi dengan ayahnya ni.

Slim juice

Tengah hari tadi secara tak sengaja tertengoklah rancangan “Apa Kata Wanita”. Ada satu segment u memperkenalkan produk kesihatan dan yang paling penting produk ni dapat membantu kaum wanita untuk menguruskan berat badan . Wow!Impressive sangat bila mendengar testimony daripada Puan, mungkinlah saya pun tak berapa perasan tadi mungkin puan mungkin cik, Farha Abdul Latiff. Beliau mengatakan jika diamalkan secara teratur dalam masa sebulan berat badan akan berkurangan.Hebat tu! Setelah buat carian di google, Inilah produk slim juice tu.. ..dan tak banyak yang boleh didapati maklumat daripada carian di internet, kerana rata-rata maklumat bagaimana dan dimana untuk mendapatkan produk saja. Jangan salah sangka, saya bukan dealer atau promote, sekadar menyampaikan apa yang di tonton di kaca tv. Kredit to website kedairakyat untuk image

Reban Ayam tempat berteduh

Sedih baca keadaan keluarga ni. Sedikit sedutan dari harian metro hari ni. “Jika ada duit lebih, kami akan utamakan membeli beras dan bakinya pula untuk memenuhi selera anak dengan membeli lauk paling mahal iaitu daging ayam ataupun ikan selayang,” katanya. Katanya, saat paling sukar dilalui apabila berlaku banjir pada musim tengkujuh menyebabkan mereka sekeluarga terpaksa memindahkan barang ke rumah ibu mentuanya. “Usah diceritakan nyamuk, anak-anak sudah lali dengan gigitannya. Paling tidak kami terpaksa memasang kelambu untuk mengelak daripada gigitan, tetapi kadang kala kelambu tidak digunakan mereka kerana keadaan di bawah terlalu panas,” katanya. “Selain nyamuk, katak kadang kala menjadi teman setia kami jika terlepas masuk. Namun, kami tidak mampu berbuat apa-apa dan berserah kepada Tuhan kerana Dia lebih memahami nasib kami,” katanya. metro

Nasib Rumah Titian Kasih

Seramai 77 penghuni rumah RTK telahpun diarahkan keluar daripada pusat perlindungan yang di asaskan oleh pengasas RTK yang lebih dikenali sebagai Mak Pah. Kesian semua penghuni ni, salah satunya sebab dah lama menghuni di sini dan juga sebab mereka dah serasi dengan Mak Pah dan juga CareTaker yang lain. Dan daripada berita yang terbaru didapati RTK ni tiada lessen yang sah untuk beroperasi. Tapi herannnya dah 12 tahun beroperasi barulah tuan rumah ni nak ambik balik rumah dia ni nak jual. Apa salahnya , kalau ada sesiapa yang berduit lebih ni bantu Mak Pah dapatkan rumah ni untuk dia teruskan usaha murninya itu. Apalah salahnya kanbagi artis-artis Malaysia ni tolong dari beli plat kereta nilai ratusan ribu ringgit, baiklah tolong mak pah ni teruskan perjuangan dia di RTK ni.

Mattel Syarikat Mainan Terbesar Dunia

Alat permainan seperti Barbie, Hot Wheels, Aladdin dan Batman sebenarnya dihasilkan oleh sebuah syarikat pengeluar permainan terbesar dunia iaitu Mattel Inc. Syarikat Mattel ni diasaskan oleh sepasang suami isteri Harold Matt Hanson dan isterinya Elliot Handler dimana Mattel terbentuk dari perkataan “Mat”son dan “Ell”iot. Syarikat Mattel pun mengeluarkan permainan computer, video konsol, scrabble dan sebagainya. Hari ini keuntungan syarikat Mattel ni memeprolehi 80 peratus keuntungan hasil dari produk permainan Barbie.