Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2012

Kenanga City

Fesyen-fesyen tudung wanita zaman sekarang begitu moden. Pelbagai gaya dan corak di reka untuk memenuhi permintaan fesyen wanita zaman sekarang. Memang sedia maklum kaum wanita sukakan kecantikan, saya juga begitu.  Baru-baru ini saya berkunjung ke Kenanga City.. Klik di sini untuk melihat apakah Kenanga City . Sepanjang perjalanan saya daripada Stesen LRT Hang Tuah, memang begitu banyak sekali kedai pemborong pakaian. Boleh dikatakan sekeliling kawasan Kenanga City tersebut adalah kedai pemborong pakaian.  Sebaik sahaja kaki memasuki Kompleks Kenanga, juga pemandangan yang dipenuhi dengan kedai pemborong pakaian sahaja. Saya tidak bertanyakan harga pakaian di setiap kedai cuma sekadar membuat tinjuan untuk kunjungan pertama.  Kalau di ikutkan memang rasa nak memborong tu ada dalam hati, tapi rasanya untuk kunjungan yang pertama ini lebih baik sekadar buat tinjauan harga. Saya ada bertanyakan kepada beberapa pengunjung wanita yang di lihat telah membeli-belah di situ, mer