Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2010

Kotex Contest - 1 November~2 Januari 2011

KOTEX ada membuat satu peraduan yang dinamakan "Match & Win" Contest. Para wanita yang menggunakan produk daripada Kotex ni bolehlah mencuba jika peraduan yang dianjurkan ni. Syarat paling penting..pembalut kotex tu kena hantarkan sekali..so kalau dah terbuang plastik Kotex yang berwarna biru tu..belilah yang lain kalau nak masuk jugak2 contest Kotex ni ye..jangan lupa tarikh tutup pada tahun hadapan..2 Januari 2011. Download borang peraduan kat website ni : Kotex Good Luck!

Insects Lollipop

Suka makan lollipop tak? Budak-budak kecik memang suka sangat dengan lollipop..tak ketinggalan anak-anak saya. Nak tengok tak lollipop serangga?..Nah tengok lollipop ni..nampak cantik..tapi taste..? Hmm..saperlah yang sanggup makan ni ye.. Sumber dari : cri online

Kenapa saya setia dengan Drypers

Sejak dari anak pertama, Fatin Nabilah, Harun sampailah ke Hassan, saya tak pernah tukar kepada brand lain untuk pampers anak2. Ada mencuba tukar kepada brand lain tapi nampaknya tak sesuai untuk anak2 saya. Saya dah cuba bertukar kepada pampers brand Huggies, Drypantz(walaupun adik beradik Drypers..still tak memuaskan hati saya kualitinya) dan Comfort Dry. Yang lain-lain tak pernah cuba, sebab dah tak larat nak tukar-tukar brand pampers. Walupun Drypers agak mahal..tapi saya puas hati. Celah kangkang anak pun jarang jadi rashes, kalau pampers dah penuh sangat..kena kencing berak anak tapi tak tukar dari pagi ke tengahhari..memanglah akan jadi rashes. Kebersihan anak pun kena jaga jugak kan. Setiap bulan, saya akan beli 3 atau 4 pek Drpers untuk Harun dan Hassan. 1 pek Drpers yang saya selalu beli berkuantiti 60 atau 84..dan harga untuk size L dan M yang kuantiti satu pek 60 atau 84 adalah sekitar RM30.90, RM 31.90, RM 32.9, RM 334.9, RM35.90, RM 36.90 dan RM 37.90. Itu harga Dryper

CSI – Crime, Scene, Investigation on 701 AXN

Saya memang fanatik(fanatik yang tak over..) dengan siri penyiasatan kat televisyen. Tahun lepas, tak pernah miss tengok siri tv “Dr. House” sebab mungkin pengaruh ayah kot..masa tu ayah tengah sakit, tahun ni Alhamdulillah, syukur kepada Allah, ayah sihat sikit, boleh pergi kerja dan buat kerja seperti orang lain. Tahun depan tak tahu macam mana keadaannya..hanya Allah tahu. Tahun ni dan sebelumnya jugak , Siri CSI(Miami, New York dan Crime Scene Investigation), jadi pilihan dan terbaru Hawai Five-O (siri ni menampilkan pelakn wanita yang halamak..seksi.., harus diawasi kalau anak2 tengok siri tv ni sorang2) memang tak miss tengok siri tv tu. Tapi selalunya siri tv CSI tu yang selalu tengok saya dan anak2 tidur..di siang hari saya bekerja..penat apa pun tak tahulah..heh. Berbalik kepada siri penyiasatan ni..saya lebih menggemari corak kegemaran siri tv berbentuk penyiasatan terutamanya CSI kerana: 1. Aksi: CSI Miami, aksi-aksi dan adegan mencemaskan relex dan slow berbanding Hawai

Apa ada di Pekan Lumut?

Lumut..nama salah satu tempat di negeri Perak Darul Ridzuan. Dah lama saya tak pergi ke Lumut..banyak pembaharuan yang dah tepampang di pekan Lumut ni. Banyak tempat jualan produk hasil laut di dalam kawasan pekan dan..ada terfikir tak kenapa nama tempat ni Lumut? Jawapannya adalah "dulu kat tepi pantai kawasan ni banyak sangat lumut nyer.." ye..itulah jawapannya..dan sekarang mari kita tengok gambar sebahagian daripada pekan Lumut ni.. say "hai" acik & patin

Prudential~Peluang menang baucar

Saya baru menulis tentang insurans kesihatan di "notaummi"..tiba-tiba mata ni terpandang iklan prudential di Berita Harian online. Peraduan ni tak susah..just kita kena jawab survey dari form yang di paparkan, dan submit form tersebut secara online. Antara soalan adalah: Adakah anda pemegang polisi prudential..DAN..nama, umur, tarikh lahir dll itu adalah soalan yang biasa di semua form.. Susunkan gambar mengikut keutamaan anda iaitu gambar  Insuran kesihatan, Pendidikan anak-anak, pengurusan harta ataupun perancangan persaraan. Itu saja.Selamat mencuba.. klik disini.

Manfaat mempunyai Insurans kesihatan

Tak semua orang mampu memiliki insurans kesihatan. Memang di akui bayaran untuk insurans ni agak mahal..bagi yang berkemampuan ok..tapi bagi yang bergolongan sederhana..memang tak ok.. Awal perkahwinan..7 tahun lepas, saya memang tak fikir yang insuran akan membantu saya dan keluarga..opss..ini cerita benar..bukan cerita yang di reka-reka dan mendapat imbuhan dari mana-mana pihak. Sekadar berkongsi cerita didalam "notaummi.blog". Dulu..saya sangkakan insurans ni kereta dan motor aje yang ada..rupa-rupanya manusia pun ada insurans..iaitu dipanggil sebagai insurans kesihatan.  Sebenarnya hanya keluarga atau orang yang telah mengalami pahit manis dengan jabatan yang bernama hospital saja yang tahu macammana karenah berurusan dengan pihak hospital. Lainlah kalau yang mendapatkan rawatan di hospital adalah orang-orang yang berpangkat dan berjawatan tinggi, maka ada advantage untuk mereka mendapatkan rawatan dan cadangan yang terbaik dari doktor yang merawat di hospital. Dalam s

Peraduan Digi~Win a smartphone a day

Kalau anda seorang yang  rajin tonton Youtube, ini adalah peluang anda untuk dapatkan Htc Aria Andriod Smartphone daripada Digi. Tambahan pulak anda juga merupakan pengguna atau pengguna baru  opera mini..extra advantage untuk anda..surfing internet guna opera mini dari handphone anda atau..tonton video yang paling kelakar dari youtube.. dan sms ke Digi..cukup untuk meletakkan anda dalam kategori layak menyertai contest daripada Digi ni..Selamat mencuba ye!  Dan..kalau nak masuk contest , anda mesti baca terms and condition jugak ye..untuk info. Sila klik sini untuk anda terus ke website contest oleh Digi

Sambutan Hari Lanskap Negara

Hari Isnin, bertempat di pinggiran sungai kerian, satu majlis sambutan hari lanskap telah di adakan. Ramai pengunjung yang hadir..kebanyakan membelek-belek pokok dan tanaman yang di hias sekitar kawasan pinggiran sungai kerian ni. Tempiasnya terkena kepada pengguna jalan raya yang melalui jalan utama yang menghubungkan penduduk dengan pekan parit buntar sebab jalan ditutup.. Untunglah ada satu lagi jalan yang boleh menghubungkan penduduk ke pekan parit buntar..dan memang jalan tu akan confirm jammed. Tujuan lanskap ni diadakan adalah untuk menyedarkan dan menyuburkan lagi rasa tanggungjawab kita untuk memelihara dan memulihara khazanah alam yang kita warisi. Jom tengok gambar lanskap yang telah direka oleh pekerja-pekerja Majlis Daerah Kerian diParit Buntar ni. Tahniah kepada mereka kerana telah berjaya menghasilkan lanskap yang cantik. MDBG mewakili Majlis Daerah Batu Gajah Imej di atas mewakili Bandar Taiping Unik..mewakili pekan Kuala Kangsar Ini adalah replika menara Condong

Ulam untuk awet muda

“Kalau nak awet muda makanlah ulam-ulaman jugak”. Itu pesan seorang kawan saya dan jugak orang tua-tua dahulu. Hmm..nak makan ulam ni tak susah..Cuma ada setengah daun yang di buat ulam rasanya pahit. Orang kata pahit tu ubat..yelah..ubat-ubat dari klinik pun ada yang pahit rasanya kan? Jenis daun ulam-ulam yang bagus dimakan terutamanya oleh golongan kaum wanita adalah kunyit, cekur, kacip Fatimah, halia, bawang putih dan lain-lain..banyak sebenarnya. Lagi satu daun sirih. Opss bukan untuk dimakan, wap air dari daun sirih yang direndam boleh membantu mengecutkan jerawat-jerawat di muka. Saya dah cuba semasa zaman umur belasan dulu..jerawat batu yang tumbuh kat muka jadi kecut bila di wapkan dengan air rebusan daun sirih tu. Selain daripada tu..khasiat daun sirih adalah untuk rahsia keintiman wanita yang dah berumahtangga..hehehe..   Serius..ini adalah pokok kacip Fatimah Cekur..harga seikat RM1..beli di market Parit Buntar Daun Kacip Fatimah..nampak layu kena panas dalam kereta